`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, May 20, 2014

[WASPADA] Cermin Kereta Dibaling Dengan Tanah/Telur

Sekadar perkongsian

Malam tadi sekitar pukul 12.30 pagi saya melalui jalan biasa untuk ke KLIA.Ketika pulang melalui jalan LBJ-Seremban2 10km dari Jayajusco tiada satu kenderaan yang kelihatan.dengan tidak semena-mena terdengar bunyi dentuman kuat dicermin hadapan yang mengejutkan kami.

Apabila diamati segumpal tanah seolah-olah di baling oleh seseorang.wah! Terlintas dibenak fikiran ini pastinya taktik jenayah untuk membuatkan kami berhenti dengan membersihkan tanah yang menghalang pandangan. 

Syukur kepada Allah swt saya meneruskan perjalanan dengan keadaan cermin hadapan yang sedikit kabur....

kesimpulannya,

1.jangan berhentikan kenderaan anda di kawasan sunyi tanpa pengguna jalan raya yg lain.

2.sekiranya tanah ataupun telor pada cermin anda,jangan gunakan wiper kerana ia akan mengaburkn lagi pandangan.

3.hati-hati dengan taktik licik lanun darat.. -sumber:fb



JANGAN BERHENTIKAN KENDERAAN JIKA DIBALING TELUR DI BAHAGIAN CERMIN HADAPAN


Ini adalah peringatan yang tak pernah jemu kami kongsikan. Jika anda memandu di waktu malam dan ada telur dibaling ke cermin hadapan kereta, pastikan jangan berhenti dan terus memandu ke kawasan orang ramai atau ke Balai Polis.

Juga jangan sesekali menggunakan wiper untuk membuang telur tersebut kerana telur bercampur air jika di'wiper, akan menghilangkan kejelasan pandangan cermin depan sehingga 92.5%. Jika ianya berlaku, pastinya anda akan berhenti di tepi jalan dan terus akan menjadi mangsa rompakan secara berkumpulan.

Ini adalah teknik yang semakin popular digunakan perompak jalanan tetapi kesedaran masih kurang pada ramai pemandu di Malaysia.



Laporan sebelum ini
klik untuk baca


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.