`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, February 26, 2016

TAHNIAH BUAT ZAHID, PERMULAAN UNTUK MUHYIDDIN

Sebagaimana yang dijangka, Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin akhirnya digantung jawatannya sehingga pemilihan akan datang.

Sehubungan itu, Ahmad Zahidi Hamidi diberi kuasa untuk menjalankan tugas timbalan presiden UMNO sepanjang penggantungan Muhyiddin itu.

Oleh pemilihan UMNO sudah dianjakkan kepada 2018 dan sebelumnya pula pilihanraya umum ke 14 terpaksa diadakan, penggantungan ini bermakna telah "membunuh"  terus masa depan Muhyiddin bersama parti itu.

Dengan perkembangan yang sama, maka yang seharusnya diberikan ucapan tahniah ialah Zahid Hamidi kerana berjaya menaik setakuk lagi dalam perjalanan karier politiknya.

Sebagai pemimpin yang sama-sama berasal dari Perak, Zahid juga tentunya rasa terhutang budi yang amat sangat kepada Nazri Aziz atas cadangannya mengusulkan penggantungan Muhyiddin itu kerana dalam masa yang sama turut menyebabkan peningkatan kepada martabat dirinya secara percuma dalam hireaki UMNO.

Kepada Najib, situasi itu belum tentu memberi kekukuhan kepada kedudukannya sebagai Perdana Menteri. Apa yang berlaku selepas penggantungan Muhyiddin ini, bersama-sama isu 1MDB, derma RM2,600 juta serta pelbagai siasatan oleh beberapa negara luar berkaitan syarikat pelaburan itu, ia tidak mustahil akan terus menjebaknya dalam kemelut kegersangan sokongan yang tidak berkesudahan.

Muhyiddin pula, walaupun hanya digantung jawatan tetapi masih kekal sebagai ahli UMNO,  berdiam diri saja selepas ini hanya akan menyebabkan masa depannya mereput begitu saja.

Melalui UMNO, masa depan Muhyiddin sudah boleh dikira berakhir mulai hari ini. Bukan saja harapan untuk kembali memegang jawatan tertinggi dalam parti itu tiada harapan lagi, bahkan sudah pasti UMNO tidak akan mencalonkannya lagi untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

Pilihan selainnya kini adalah ditangan Muhyiddin. Jika kena gayanya, penggantungan ini boleh dijadikan permulaan kepada pembukaan lembaran baru dalam perjalanannya sebagai pemimpin dan ahli politik.

Yang penting, buatlah pilihan yang terbaik dan terus bergerak ke depan bersama-sama harapan rakyat yang secara umumnya begitu dahagakan perubahan.

Lagi pun, penggantungan ini hanya menjadikan kariernya melalui UMNO saja yang sudah berakhir, tetapi rakyat masih lagi menyokong dan menyukainya. 

Oleh itu, jangan teragak-agak membuat pilihan dan "lawan terus lawan" kiranya masih ada semangat dah cita-cita dalam diri. (SH).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.