`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, March 4, 2016

Ibu Dipenjara Sehari, Denda RM200 kerana Curi Milo


Gara-gara memenuhi permintaan anak berumur 2 tahun untuk minum Milo, seorang ibu dihukum penjara sehari dan denda RM200 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini kerana mencuri sepaket Milo di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur.

Majistret Husna Dzulkifly turut memerintahkan S Sellamah, 36, yang tidak diwakili peguam, menjalani hukuman penjara 5 hari sekiranya gagal membayar denda. Dia tidak membayar denda itu.

"Maafkan saya puan Majistret. Saya mencuri Milo itu kerana anak saya yang berumur 2 tahun terlalu teringin minum Milo," katanya dalam keadaan sebak semasa memohon hukuman diringankan.

Mahkamah menjatuhi hukuman itu ke atas Sellamah, ibu kepada seorang anak, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri Milo seberat 2 kilogram di pasar raya KK Supermart & Superstore, Jalan Hang Lekir, Dang Wangi, di Kuala Lumpur, jam 11.19 malam, 29 Februari lepas.

Suri rumah itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah memerintahkan wanita itu menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 2 Mac.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar. – Bernama, 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.