`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, March 4, 2016

Pemimpin BN Dedah Bukti Derma RM2.6 Bilion Dari Arab Saudi


Pemimpin BN Dedah Bukti Derma RM2.6 Bilion Dari Arab Saudi. Pemimpin Barisan Nasional (BN) menggunakan laman Twitter untuk mempertahankan Datuk Seri Najib Razak berkata benar berhubung derma RM2.6 biliondaripada Arab Saudi apabila menjadi tetamu kehormat dalam kunjungan perdana menteri ke negara itu.

Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan melalui akaun Twitter @mpkotabelud berkata:”Sepatutnya Raja Saudi marah PM kerana rosakkan nama baik keluarga mereka. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku. PM jadi tetamu kenamaan.”

Beliau juga menulis di Twitter:"Kenapa kamu menuduh kami. Adakah pembangkang bersikap telus mengenai derma politik mereka juga."

Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang juga senada dengan Rahman menyatakan kerajaanArab Saudi tidak menafikan derma dalam akaunnya menyebabkan perdana menteri dilayan begitu bagus.

Menulis dalam Twitternya @tankenliang:”Raja Arab Saudi tidak menafikan penjelasan @NajibRazak derma itu daripada mereka. Mereka juga beri layanan VVIP dalam lawatannya. Adakah @wsj melaporkan perkara ini.”

Pemimpin BN Dedah Bukti Derma RM2.6 Bilion Dari Arab Saudi.

"Jika @NajibRazak menipu mengenai derma Arab Saudi, kenapa keluarga diraja Saudi masih memberinya layanan VVIP dan mengukuhkan pertalian? Boleh @wsj jelaskan?

Najib kini dalam lawatan rasminya di Arab Saudi.

WSJ mendakwa Najib menerima lebih AS$1 bilion dalam akaun peribadinya, termasuk AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang sebelum ini didakwa merupakan sumbangan keluarga diraja Arab Saudi.

Laporan yang memetik sumber daripada penyiasat antarabangsa itu berkata dana itu dipercayai daripada syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Addin:

Sampai sekarang tiada lagi individu dari Arab Saudi yang mengaku secara terbuka memberi derma tersebut kepada Najib. Najib masih belum berjumpa penyelamat beliau dalam kes 1MDB..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.