`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, December 20, 2016

HADI MESTI MOHON MAAF?

Image result for hj hadi

Penjelasan Pas berhubung pemergian Hadi Awang ke Iran.

Pemergian TGHH ke konferensi berkenaan adalah antaranya permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin daripada Iran, Dr Abdurrahman Bayraan (org sunni dan dilantik oleh Syeikh Dr Yusof Qardhawi) supaya dapat membawa suara kelompok Sunni yang berada di Iran bagi mengurangkan sedikit tekanan terhadap ahli Sunni yang berada dan menjadi rakyat Iran. Selain dari itu TGHH juga menjelaskan isu isu keganasan dan puncanya di waktu ini.
TGHH juga memaklumkan pemergian beliau kepada Setiausaha Agung Ittihad Alami iaitu Prof Dr Ali Qaradaghi yang datang ke Kuala Lumpur bulan lepas, dengan hujah di atas. Jadi tidak timbul ianya bercanggah dengan pandangan Syeikh Dr Yusof Qardhawi. Selain dari TGHH, antara tokoh Sunni lain yang hadir ialah Sheikh Dr Mustafa Ceric (Mufti Bosnia Herzegovina), Mufti Iraq, Wakil Hamas, Mursyid Am Saadat Party Turki, Sheikh Dr Taj El- Din Hilaly (mantan Mufti Umat Islam Australia), wakil dari Jamaat Islami Pakistan dan sebagainya lagi.
Isu yang dibangkitkan mengenai apa yang berlaku di Syria dalam minggu ini adalah memerlukan kupasan dan analisa yang lebih mendalam, dan insyaAllah TGHH sendiri akan megupasnya secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana mana media antarabangsa atau mana mana pihak, berdasarkan gambaran yang lebih luas. Lajnah Hubungan Luar dan Antarabangsa PAS Pusat akan memaklumkan tarikh dan waktunya yang sesuai untuk program berkenaan.
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar 
Setiausaha Politik Presiden PAS
18 Dis. 2016



Penjelasan balas oleh Kesatuan Ulama Islam Sedunia

Lawatan Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia ke Iran Tidak Mewakili Kesatuan Ulama Islam.

Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) yang diketuai Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi dan setiausaha agungnya Dr. Ali al-Qaradaghi membantah keras lawatan Syeikh Abdul Hadi Awang, Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan Presiden Parti Islam SeMalaysia ke Iran baru2 ini.

KUIS melahirkan rasa hairan terhadap masa lawatan itu, iaitu pada masa Iran memainkan peranan jahat dan membunuh kekuarga kita di Halab / Aleppo khasnya dan Syria amnya, di samping peranan dan ketamakan Iran terharap wilayah2 kita termasuk Iraq dan Yaman.

Serentak dengan bantahan ini, KUIS menganggap lawatan tersebut adalah lawatan yg tidak sah daripada mana2 kakitangannya dan ia tidak mewakili sesiapa selain orang yang melaksanakannya.  KUIS menunggu Syeikh Abdul Hadi Awang menilai semula secara sendiri lawatan yang tidak direstui ini sama ada pada sempenanya dan juga pada tempatnya!

Apabila KUIS berusaha demi kesatuan umat Islam, ia mengambil pendirian yg jelas terhadap ketamakan sektarian yang dilakukan Iran dari satu aspek, dan ia tidak lupa peristiwa2 yang dilalui umat Islam, sungai2 darah yang mengalir di Halab / Aleppo dan jutaan mangsa bunuh, cedera, terpenjara, pelarian daripada kalangan orang2 Syria di merata tempat.

19 Disember 2016.


Konflik di Syria bukan saja berkaitan politik, tetapi sudah melarat kepada konflik kemanusiaan. Majoriti penduduk Syria yang berfahaman Sunni telah sekian lama ditindas oleh pemerintah Basyar Al Assad yang berfahaman Syiah.

Bukan saja penentang diburu dan dibunuh, malah kanak-kanak serta kaum wanita turut dibunuh dan dirogol dengan kejam. Lebih buruk, kekejaman pemerintah Syria itu disokong pula oleh  tentera-tentera Syiah tajaan Iran, Lubnan dan Russia.

Oleh itu, pemergian Hadi Awang ke persidangan di Teheran pada 15-17 Disember lalu, jelas tidak sesuai dengan masa kerana ia berlangsung di ketika kekejaman di Syria, khususnya di Aleppo sedang berlaku dan seluruh dunia pula mengutuknya.

Di negara kita, beberapa tabung dan kutipan derma turut dilakukan untuk membantu umat Islam di Syria, malah di masjid-masjid pada setiap Jumaat, jemaah turut diminta mendoakan kebaikan dan keselamatan buat mereka.

Maka, di mana wajarnya Hadi perlu hadir ke persidangan di Teheran dan duduk bersama-sama  dengan pemimpin Iran yang dianggap sebagai pembunuh itu?

Walaupun Setiausaha Politik Hadi cuba menggambarkan pemergian Presiden Pas itu seolah-olah dengan restu Yusuf Al-Qardawi, tetapi KUIS dalam jawapan balasnya nyata membantah keras dan tidak merestui kunjungan itu.

Lupakah Hadi bagaimana beliau berada sepentas dengan Najib Razak membela umat Islam di Rohingya ketika memutuskan untuk berada bersama-sama pemimpin Syiah yang dianggap pembunuh di Teheran itu?

Dari sudut yang lain pula, jika Hadi boleh begitu berlembut dan berjiwa tenang dengan Syiah yang jelas terlibat serta sedang meraikan kekejaman dan pembunuhan di Syria, mengapa beliau begitu keras terhadap DAP dan Amanah yang tidak setitis darah pun sudah ditumpahkan untuk membunuh sesiapa?

Apa pun alasan, hujah dan kewajaran yang cuba dilakukan untuk memaksumkan pemergian ke Teheran itu, Hadi mesti mengakui kesalahannya kerana telah menyinggung perasaan umat Islam atas kehadirannya itu.

Beliau seterusnya harus berjiwa besar dengan meminta maaf kepada seluruh umat Islam, bukan saja di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia. (SH).

1 comment:

  1. ASS..WR.WB.SAYA PAK ALERSKY TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH


    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)


    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    angka;GHOIB: singapura

    angka;GHOIB: hongkong

    angka;GHOIB; malaysia

    angka;GHOIB; toto magnum

    angka”GHOIB; laos…

    angka”GHOIB; macau

    angka”GHOIB; sidney

    angka”GHOIB: vietnam

    angka”GHOIB: korea

    angka”GHOIB: brunei

    angka”GHOIB: china

    angka”GHOIB: thailand

    ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
    0823-9177-2208
    saya pak alresky posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.