`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, December 19, 2016

Najib beli seutas jam tangan lebih EUR700,000 kata Mukhriz

DALAM satu rakaman video, Dato' Seri Mukhriz Mahathir, mendakwa Najib Razak telah membeli seutas jam tangan mewah jenama Grisogono berharga EUR750,000 (RM3.3 juta).

Menurut Mukhriz, sebelum perkara itu didedahkan oleh sumber berita berpengaruh Wall Street Journal (WSJ), beliau sendiri lebih awal telah menyebut perkara itu dalam ceramah Deklarasi Rakyat yang diadakan di Changlun, Kedah.


"Saya dah dedahkan perkara ini sewaktu kita buat ceramah Deklarasi Rakyat, di Changlun baru ni di mana saya sebut mengenai belanja yang begitu banyak, (Najib) membeli satu jam Grisogono, itu jenama dia ratusan ribu Euro, dan memang terkeluar dalam Wall Street Journal, dia kata (lapor) benda yang sama, disebut pula harganya 700 lebih ribu Euro," katanya.

Mukhriz turut mendakwa jika pembelian jam mewah itu menggunakan kad kredit milik Najib bermakna itu adalah wang dari SRC International (anak syarikat 1MDB), dan ia adalah duit berasal dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).

"Kalau digunakan kad kredit seperti mana disebut dalam laporan WSJ ini, maksudnya kad kredit Dato Seri Najib ini di bawah SRC International, jadi itu duit KWAP, duit kumpulan Wang Amanah Pencen, digunakan untuk belanja peribadi," katanya lagi.

"SRC (SRC International) asalnya dulu (anak syarikat) 1MDB kemudian 1MDB serahkan kepada Kementerian Kewangan, dan dari situlah diambil pinjaman daripada Wang Amanah Pencen, KWAP RM4 billion tapi dijamin oleh kerajaan," jelasnya.

Berikut kenyataan penuh Mukhriz, sila klik video untuk menonton



-milosuam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.