`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, December 26, 2016

UMNO Bungkus Pada PRU14 Kerana Tindakan Jamal

Penduduk Sungai Besar malu ada pemimpin seperti Jamal 

SUNGAI BESAR: Penduduk di Sungai Besar malu dengan sikap tidak matang ditunjukkan ketua Umno bahagian itu, Datuk Seri Jamal Yunos dengan mengadakan “protes tuala” dan mengeluarkan kenyataan seksis menyindir Datuk Siti Nurhaliza. 

Penduduk tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Umi, 40, berkata tindakan Jamal bertuala ke pejabat kerajaan negeri Selangor bagi membantah gangguan bekalan air di Lembah Klang sejak Isnin lalu dan menyindir kesuburan Siti tidak sepatutnya berlaku. 
“Kalau orang ada akal, dia tidak akan buat macam itu. Soal kesuburan itu satu ketentuan daripada Allah. Tidak ada zuriat, itu bukan kerja manusia.

“Jadi, tindakan Jamal itu tidak patut. Pada pandangan saya, ramai orang Sungai Besar ini marah dan malu ada pemimpin seperti Jamal,”
 katanya ketika ditemui FMT di pekan Sungai Besar hari ini. 

Rabu lalu, Jamal berjalan ke bangunan setiausaha kerajaan Selangor dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan bekalan air besar-besaran sejak Isnin lalu di sekitar Lembah Klang, yang dikritik orang ramai. 

Siti adalah antara mereka yang mengkritik “protes tuala” Jamal. Penyanyi popular itu memuat naik gambar Jamal muncul di pintu pagar utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan air ke Instagramnya. 

Jamal kemudiannya membalas kritikan Siti dengan kenyataan seksis menyindir penyanyi itu masih belum menimang cahaya mata. 

“Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain,” tulis Jamal menerusi pesanan WhatsApp, semalam, yang dikecam orang ramai termasuk pengguna Facebook. 

Umi berkata, Umno tidaklah teruk, sebaliknya tindakan sesetengah pemimpinnya yang merosakkan parti Melayu itu. 

Katanya, beliau tidak menyokong Jamal, tetapi akan menyokong wakil rakyat Barisan Nasional di Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi pada pilihan raya umum akan datang. 

“Budiman lebih baik daripada Jamal. Kita sokong Budiman sebab dia bagus dan membantu rakyat di sini. Tetapi Jamal tidak. Kita bukan melihat kepada parti itu tetapi sikap ditonjolkan pemimpin itu. Jika baik kita sokong, kalau tidak kita tidak sokong,” katanya. 

Seorang lagi penduduk tempatan, Zakwan Arif, 22, mendakwa kebanyakan penyokong Jamal terdiri daripada remaja yang masih bersekolah kerana wang.

“Kebanyakan yang sokong Jamal ini budak yang belum habis sekolah. Apabila ditanya kenapa sokong, mereka jawab sebab duit.

“Memang betul, duit itu dapat menarik minat budak sekolah terutamanya, tetapi tidak baik libatkan mereka terutama dengan mengajak mereka terlibat dalam himpunan Baju Merah pada 19 November lalu.”
 

Beliau berkata, pemimpin setempat sepatutnya memikirkan cara memajukan belia di Sungai Besar melalui penganjuran aktiviti berfaedah. 

“Zaman sekarang ini tidak seperti dulu. Masa dulu, kalau program parti kita ikut, sebab bagus. Sekarang tidak ada program seperti dulu. 

“Misalnya dulu, kebanyakan program seperti sukan semua belia akan sertai, tidak kira parti. Namun, kini tidak ada lagi. Mereka lebih suka membawa belia ke himpunan jalanan,” dakwanya. 

Ananthan Narayeanan, 69, bagaimanapun mempertahankan Jamal dengan berkata beliau tidak bersalah. 

“Saya sudah 69 tahun duduk di sini dan penyokong BN. Saya rasa Jamal itu seorang pemimpin berani. Dia juga banyak beri bantuan kepada penduduk sini. Misalnya, sebelum ini beri burger percuma. 

“Itu bukan duit kerajaan, itu (duit) dia. Pada pandangan saya, sikap dia itu kita tidak boleh kata salah. Itu sifat dia. Yang penting bantuan kepada rakyat sentiasa diberikan. Sikap dia itu kita tolak ke tepi,” katanya. -FMT 


VIDEO BERKAITAN 



ULASAN GB 

Jamal Yunos atau digelarkan orang Jamal Tongkol, seorang Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar. 

Sungguh pelik apabila UMNO mempunyai seorang ketua bahagian semacam Jamal. Seperti sudah tidak ada lagi orang lain yang lebih waras di dalam UMNO sehingga Jamal yang dipilih sebagai Ketua Bahagiannya. 

Lebih pelik apabila UMNO mengketengahkan Jamal sebagai ikonnya untuk isu-isu masyarakat. 

Rakyat telah membuka mata. Dari isu geng baju merah yang dikaitkan dengan keganasan, press conference di dalam tandas sehinggalah yang terbaharu isu Jamal bertuala di depan pejabat SUK Selangor meletakkan UMNO sebagai parti yang memiliki ketua bahagian yang tidak siuman. 

Menyebut nama Jamal, maka akan terlekatlah label rasisma dan perkauman melampau kepada parti UMNO. Sokongan rakyat yang berbilang kaum akan terus terhakis terhadap BN dan selagi dan sekerap mana Jamal muncul rakyat akan terus menolak BN di dalam pilihanraya akan datang. 

UMNO mengharapkan Jamal untuk mendapatkan sokongan kaum Melayu, tetapi aksi melampau yang ditonjolkan menyebabkan bukan sahaja bukan-Melayu malah kaum Melayu juga yang jelik dan malu dengan aksi-aksi bodohnya. 

Sebuah lagi parti Melayu-Islam, PAS namanya seperti tidak kisah sangat dengan kemunculan Jamal. Tiada lansung bantahan dan serangan dari pemimpin dan ahli parti PAS terhadap Jamal seolah-olah bersetuju dengan tindakan Jamal itu.

Lebih menakjubkan apabila Jamal muncul di dalam Solidariti Ummah bersama UMNO dan PAS. 

Jika dahulu, PAS sering mengkritik UMNO kerana dasar assabiyahnya, tetapi kini tidak lagi semenjak ketiadaan golongan progresif dalam PAS. Malahan, pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS yang ada kini ramai yang berperangai seperti Jamal. Menggunakan isu perkauman, menggunakan kekerasan dan keganasan, memaki-hamun dan seumpamanya sudah menjadi lumrah di kalangan jemaah PAS. 

Jika di media sosial usaha cakap lagilah. 

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan: 

Fitnah, makihamun dan melabel sudah menjadi budaya baharu di dalam parti tersebut. Ia disemarakkan pula apabila Presidennya sendiri melakukan demikian di ucapan-capannya dengan fitnah, tuduhan, makihamun dan melabel. Fitnah pil kuda, makihamun seperti broker, barua dan melabel seperti "pengkhianat" merupakan sejarah hitam parti berkenaan yang sehingga kini belum terpadam.

Ia diperburukkan dengan tindakan-tindakan agresif seperti mengeboo pimpinan progresif di muktamar, menconteng banner dan poster Mat Sabu, berdemo di depan pejabat PAS malah sehingga ke tahap mengugut dan mengancam keselamatan mereka yang tidak sehaluan dengan mereka seperti yang dilakukan ke atas Safwan Anang, Pengarah Eksekutif LENSA, Ustaz Miqdad Zakaria, Dr. Hatta Ramli, Sdra Othman Ismail dan Dr. Dzulkefly Ahmad.

Kesemua budaya berkenaan adalah budaya samseng dan budaya liar yang jauh dari akhlak Islamiah ... tetapi tiada sebarang tindakan diambil hanya semata-mata kerana mereka kononnya kumpulan pro-ulamak. PAS membiarkan mereka. Namun sekalipun tiada tindakan dari PAS, hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan. Rakyat dapat melihat sendiri perangai dan akhlak buruk yang dipamerkan oleh ahli-ahli PAS berkanaan. Dan kini semakin ramai menjauhi PAS lantaran akhlak buruk tersebut.

Kekalkan Jamal, dan kita akan dapat menyaksikan UMNO dan PAS lebur di dalam pilihanraya yang akan datang.  -Green Boc 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.