Dalam barisan kabinet, Nazri Aziz bukanlah dikenali sebagai menteri yang baik, boleh diteladani atau memiliki ciri-ciri kepimpinan terpuji, tetapi lebih dicop sebagai menteri yang samseng, celupar, kasar dan selalu memandang rendah kepada orang lain.
Selalu kedengaran beliau membangga diri – “saya menteri, saya lebih besar daripada dia”, “saya sudah 17 tahun menjadi menteri”, “saya lebih lama jadi menteri berbanding dia, ” saya menteri, dia cuma timbalan menteri”, “dia tu budak mentah” dan macam-macam lagi ungkapan yang senada dengannya.
Dalam isu cukai pelancongan yang dipertikaikan oleh seorang menteri Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah, Nazri sekali lagi dengan kasar membidas menteri berkenaan sebagai “menteri setahun jagung” sambil meneruskan kekasarannya, “jangan banyak cakaplah”.
“Saya jadi menteri bukan setahun dua, banyak tahun dah. Dia menteri baru, menteri BN, janganlah tunjuk lagak sangat.
“Jumpa saya, awak tu menteri baru lagi, menteri setahun jagung. Jangan cakap banyaklah,” demikian antara lontaran kata-kata yang keluar daripada mulut Nazri.
Nasib baik Nazri belum berbalah dengan Zahid Hamidi yang sekarang menjadi Timbalan Perdana Menteri, jika tidak barangkali akan terpacul juga bidasannya, “jangan banyak cakaplah, saya lebih lama jadi menteri daripada awak.”
Dengan sikap Nazri yang selalu berbangga dengan jawatan menteri atau senioritinya itu, beliau sebenarnya tidak jauh berbeza pun dengan Ahmad Maslan yang pernah menunjukkan pencapaian akademiknya sebelum ini berikutan beberapa kali didapati “tidak cerdik” dalam mengeluarkan kenyataan.
Apakah bezanya Ahmad Maslan yang gagal menjawab hujah dengan menunjukkan kelulusan akademiknya berbanding Nazri yang juga tidak mampu menjawab persoalan daripada seorang menteri negeri Sarawak, tetapi berbangga, “saya jadi menteri bukan setahun dua, awak tu baru setahun jagung.”
Susulan kenyataan Nazri yang dianggap kasar, tidak wajar serta mencerminkan semangat BN oleh beberapa pemimpin Sarawak, kerajaan negeri dalam tindakan pantasnya kemudian bertindak menarik diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia, berkuatkuasa serta-merta.
Meskipun alasan yang diberikan ialah kerana penyertaan dalam lembaga itu menyebabkan pertindihan tigas dan peranan dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak, hakikatnya kerajaan negeri pimpinan Abang Johari Abang Haji Openg jelas terguris hati dan terluka keculaparan Nazri.
Apa lagi tindak-balas Sarawak selepas ini?
Sedarkah Nazri jika tanpa sokongan daripada Sarawak, beliau mungkin bukan berjawatan menteri ketika ini?
– http://shahbudindotcom.blogspot.my
Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
ReplyDeleteSaya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya dan beliau juga membantu untuk melariskan usaha/dagangan saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) atau anda yg punya usaha ingin melancarkan usaha anda jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...
Adakah anda memerlukan kelayakan Perniagaan mudah atau pinjaman peribadi dari $ 3,000 - $ 50,000,000? Untuk memohon, mendapatkan berhubung dengan kami Dan Dapatkan pinjaman anda dalam masa 48 jam Whatsapp 13176681073
ReplyDeleteAdakah anda memerlukan kelayakan Perniagaan mudah atau pinjaman peribadi dari $ 3,000 - $ 50,000,000? Untuk memohon, mendapatkan berhubung dengan kami Dan Dapatkan pinjaman anda dalam masa 48 jam Whatsapp +13176681073
ReplyDelete