`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, June 28, 2017

Mualaf ceritakan pengalaman pahit dengan ‘saudara baharu’ Melayu

Walaupun sudah melafazkan syahadah, buruh kilang itu tidak dibenarkan solat Jumaat hanya kerana belum berkhatan.
islamPETALING JAYA: Seorang buruh kilang dari Kemboja menceritakan pengalaman pahitnya sejak memeluk Islam di Malaysia, di mana beliau tidak mendapat dorongan dan bantuan daripada rakan sekerjanya berbangsa Melayu, lapor Utusan Malaysia.
Malah, Cheng Mang yang kini bergelar Mohamad Ridhuan berkata rakan sekerja Melayu lain juga tidak membenarkannya menunaikan solat Jumaat di masjid pada hari sama beliau melafazkan 2 kalimah syahadah, dengan alasan dia “tidak bersih”.
“Keesokannya saya terus ke hospital untuk berkhatan dan saya memilih ‘berpantang’ di rumah kongsi buruh binaan Bangladesh berbanding asrama kilang jahit kerana tahu tiada siapa lagi sudi ambil berat,” kata Ridhuan kepada Utusan Malaysia.
Ridhuan berkata berlaku komplikasi pada kemaluannya sehingga berdarah, dan di ketika itu pun rakan Melayunya tidak membantu, sebaliknya yang membantunya ialah buruh Bangladesh di situ.
Dengan pengalaman pahit itu, Ridhuan pulang selepas tamat permit pada 2013.
“Saya terpaksa pulang semula ke Kemboja pada 2013 kerana masalah permit kerja dan akhirnya saya Islam hanya pada nama kerana kekangan keluarga dan masyarakat kampung yang marah saya bertukar agama,” katanya.
Ridhuan merupakan salah seorang daripada 60 orang penganut baharu Islam yang mengikuti kursus di Madrasah Pengajian Islam (MPI), Pusat Latihan dan Dakwah Orang Asli (Puldoa) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di Kok Lanas, Kelantan. -Mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.