Someone sent this to me. I dont know who this writer is (Dean Kadeer) or if it is a real person but the points are interesting.
Ana dah malas nak cerita pasal benda lapuk ni, tapi sebab otak Melayu masih kat celah jub_r, so ana ulang lagi sekali.
Lagipun ana prihatin dgn isu nama anak yang kedengaran macam nama "kafir", ramai Melayu yang sentap bila tengok nama anak orang Melayu macam mat saleh, lalu dikeluarkan fatwa nama sebegitu "tak sesuai", tak Islamik kononnya. Puii..!!
Pelik betul otak orang Melayu ni. Bodoh sebesar Alam. Katanya Jesus tu Nabi Isa, dalam Bible namanya Jesus, dalam Quran namanya Isa. Perkataan Jesus pun berasal dari Hebrew, ada yang sebut Yeshua. Kalau Melayu pakai nama Jesus, takkan jadi kapir pulak. Kebanyakan nabi dalam Quran ada nama "kafir" mereka dalam Bible. Moses jadi Musa, Harun jadi Aaron, Ibrahim jadi Abraham, Jacob jadi Yaakob, Ishak jadi Isaac. Kalau Melayu letak nama anak Isaac Newton, tak Islamik ke? (campuran nama Nabi dan tokoh fizik - tak bagus lagi?)
Nama sahabat nabi iaitu Umar Al Khattab sewaktu dia kafir ialah Umar. Selepas convert masuk Islam, dia tak tukar nama jadi Najib atau Tengku Adnan. Dia tetap guna nama Umar. Nama Abu Bakar As Siddiq sewaktu kafir ialah Abdul Ka'bah, selepas masuk Islam namanya ditukar menjadi Abdullah. Gelaran Abu Bakar diberi oleh nabi kerana maksud Abu Bakar ialah "bersegera" (masuk Islam).
Dua contoh nama tersebut ana tunjuk sebab mereka sahabat yang rapat dengan Nabi Muhammad. Umar tak tukar pun nama untuk nampak Islamik walaupun sudah Islam, walhal Umar kaki bunuh orang sewaktu kafir. Dia tetap pakai nama Arab kafir. Tak salah pulak. Nabi tak bising pun. Sikit pun tak jadi isu.
Nama Abu Bakar pulak sewaktu kafir dah "Islamik"sungguh iaitu Abdul Ka'bah tapi kenapa tukar jadi Abdullah? Patutnya teruskan guna nama Abdul Ka'bah, tempat suci orang Islam.
Morale of the story, nabi tak ambik pot pun nama Umar yang tak bertukar tu. Sepatutnya nabi suruh Umar guna nama "Muhammad Ibrahim" atau nama lain yang lebih Islamik (kononnya). Nama Abdul Ka'bah ditukar jadi Abdullah mungkin sesuai atas sifat dan jatidiri Abu Bakar sewaktu itu, bukan sebab nama Abdul Ka'bah tak Islamik. Nama Kaabah takkan tak Islamik kot?
Ini bukan persoalan besar, tapi contoh kebodohan Melayu dalam memahami teks2 agama. Mereka suka memperbesarkan benda2 yang kecik jadi senjata memecah belahkan keharmonian sesama manusia. Mereka cuma mahu tunjuk kepada dunia "Kami Islam, kami guna nama Islam". What the f_ _k?!
Mamang ada riwayat, nabi menggesa meletakkan nama yang "baik" kepada anak2, tapi bukan nama Arab. Janganlah jadi bodoh sangat. Tak wujud isu "Nama Islam", sebab dalam Quran disebut "manusia dijadikan berbagai bangsa untuk berkenal-kenalan", meaning nama manusia wujud atas dasar tempat, bahasa, budaya, keturunan dan bangsa. Kalau Red Indian Islam, takkan nak bubuh nama anak Sitting Bull Khalid atau Ismail Crazy Horse. Confirm kena gelak dengan cowboy kafir. LOL
Akuilah, beratus juta pemakai nama "Muhammad" diseluruh dunia yang sudah masuk jel keluar jel, yg makan rasuah, yg sapu duit rakyat, yg pecah amanah dll.
Dan kenapa pemakai nama "kafir" lebih maju ke hadapan berbanding pemakai nama "Islamik"?
Mana berkat nama "Islamik" tu?
So Melayu, fikir guna otak, bukan guna dot dot dot...
;)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.