`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, July 3, 2017

Golf, sushi dan kangaroo, anak Najib kongsi percutian

Najib sekeluarga kini melancong ke Australia selepas beberapa hari meluangkan masa di Bali.
VIDEO INSIDE
golf-ashmanPETALING JAYA: Anak Datuk Seri Najib Razak berkongsi gambar percutiannya menerusi Instagram, daripada aksi memukul bola golf di tepi pantai sehinggalah bersua kenal dengan kangaroo di Australia.
Gambar dan video itu dikongsi Norashman Najib, yang ikut serta rombongan keluarga bercuti di Bali, Indonesia dan Perth, Australia.
Dari Bali, Norashman, anak bongsu perdana menteri, memuat naik video pendek menunjukkan hayunan kayu golf yang seiring dengan pukulan ombak berhampiran.
“Apabila hayunan anda seiring dengan ombak,” tulisnya.
Ia disusuli dengan gambar hidangan masakan beraneka Jepun semalam.
Hari ini, Norashman berkongsi klip video bersua kenal dengan beberapa ekor kangaroo di Australia.
“G’day mate, hello mate… hello sayang,” katanya meniru gaya ucapan penduduk tempatan Australia.
Sebelum ini, media Indonesia melaporkan Najib dan 23 lain tiba di Bali, sehari selepas meganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Kabinet di kediaman rasmi Seri Perdana, Putrajaya pada Ahad lalu.
Mereka menginap di Hotel St Regis di daerah Nusa Dua, sebelum berlepas ke Perth, Australia.
Metro TV Indonesia memetik komandan resort, Gede Widiyana sebagai berkata perdana menteri tinggal di bilik bertaraf “President Suites”.
“PM Malaysia kamarnya 1 suites. 11 kamar standar, dan rombongannya 24 orang,” katanya.
Sebelum ini, portal pro-Umno mykmu.net mempersoalkan dakwaan yang Najib dan rombongannya menempah 41 bilik.
“Jika guna otak dan ada sikit-sikit pengetahuan agama, tiada siapa yang akan percaya ada hotel yang membina sehingga 41 buah Presidential suite,” kata portal itu. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.