`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, July 3, 2017

HAPUS GST SEBAB HARAM: PAS

MUKTAMAR Pas ke-63 baru-baru ini menegaskan bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mesti dibatalkan.
Ini kerana menurut Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, kaedah percukaian itu bercanggah dengan Islam dan hukumnya adalah haram.
“Ini kerana GST dikenakan kepada semua rakyat termasuk orang miskin atas perbelanjaan mereka,” katanya.
Menurutnya, di saat kerajaan melakukan pembaziran dalam perbelanjaan adalah tidak layak untuk kerajaan menuntut rakyat menanggung perbelanjaan itu melalui cukai GST.
“Kerajaan sepatutnya mengenakan cukai kepada kelompok kaya melalui sumber seperti, cukai simpanan korporat dan cukai atas keuntungan jual beli saham di bursa saham. Ini antara cukai yang harus dikenakan kepada golongan berada,” katanya.
Mahfodz berkata, cukai alternatif ini merupakan kewajipan daripada orang kaya untuk agihan kepada golongan miskin dan bertepatan dengan kaedah percukaian dalam Islam.
“Tuntutan lain termasuk utamakan membasmi ekonomi berasaskan riba, sosial wakaf sedekah diperkasakan, hasil tadbir urus cemerlang untuk diagihkan kepada yang memerlukan serta wujudkan pasaran beretika,” katanya. GST mula berkuat kuasa pada 1 April 2015.
– SH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.