`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, July 4, 2017

Staf Najib dituduh hina Zahid

Amanah berkata kenyataan 'menghina' oleh setiausaha Najib menunjukkan 'pelan tersembunyi'.
hatta-raml
PETALING JAYA: Kenyataan setiausaha akhbar kepada Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Tengku Sarifuddin yang membayangkan pengharaman DAP menjelang pilihan raya umum ke-14 adalah satu bentuk penghinaan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kata Amanah.
“Taktik terdesak yang diumumkan Sariffuddin jelas menunjukkan pelan tersembunyi Najib untuk PRU14, tetapi sebagai setiausaha akhbar kepada perdana menteri, beliau secara terbuka telah menunjukkan penghinaan terhadap Menteri Dalam Negeri,” kata Pengarah Pilihan Raya Amanah, Dr Hatta Ramli.
Hatta berkata soal pendaftaran pertubuhan adalah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang diketuai Zahid.
“Ini menunjukkan penghinaan kakitangan Najib kepada timbalan perdana menteri sebagai orang nombor 2 dalam kerajaan,” katanya.
Hatta berkata demikian selepas Sarifuddin mencetuskan isu status DAP menjelang PRU akan datang, dengan berkata calonnya mungkin terpaksa bertanding tanpa menggunakan logo roketnya.
Sarifuddin berkata ia kerana JPPM masih tidak mengiktiraf barisan kepimpinan DAP sekarang yang dipilih 4 tahun lalu.
Bagaimanapun, Zahid semalam menolak spekulasi mengenainya, dan berkata beliau masih menunggu jawapan JPPM.
“Perkara ini dikaji secara terperinci oleh JPPM dan mereka bukan sahaja mengkaji dari segi aspek perundangan tetapi JPPM juga berperanan untuk menjaga kepentingan mana–mana pertubuhan yang berdaftar dengannya,” katanya dipetik Bernama.
Ia bagaimanapun disusuli dengan satu lagi kenyataan Sarifuddin, yang berkata DAP perlu menyalahkan ahlinya sendiri yang membuat aduan kepada JPPM.
“Anggota DAP sendiri yang membuat aduan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung ketidakteraturan yang serius dan layanan tidak adil dalam pemilihan parti,” katanya.
Pada 2012, beberapa ahli DAP mengadu mengenai ketelusan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP berikutan wujud perubahan mendadak dalam keputusan pemilihan kononnya disebabkan kesilapan pengiraan, selain dakwaan lebih 700 perwakilan dinafikan hak mengundi.
Susulan itu, DAP menganjurkan pemilihan semula pada September 2013. Barisan kepimpinan baharu itu bagaimanapun belum disahkan JPPM.
Hatta berkata kenyataan Sarifuddin yang menyentuh bidang kuasa JPPM “membayangkan kekusutan dan kekecohan dalam pentadbiran Najib”.
“Kenyataan Sariffuddin adalah tanda kuat bahawa lingkaran dalaman Najib serius mempertimbangkan pembatalan pendaftaran DAP dan pengharaman penggunaan logo roket pada PRU ke-14, walaupun ini dikatakan masih tertakluk kepada beberapa faktor termasuk perletakan jawatan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan persaraan YB Lim Kit Siang dari politik Malaysia,” katanya.
Kit Siang dalam kenyataan hari ini menyatakan kesediaannya bersara sekiranya ia dapat menyelamatkan DAP daripada diharamkan.
“Katakan saja sekiranya persaraan saya adalah syarat untuk menamatkan konspirasi Umno/BN mengharamkan DAP, saya akan mempertimbangkannya,” kata ahli Parlimen Gelang Patah itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.