SEBUAH video menjadi tular (viral) di laman media sosial Facebook menyaksikan seorang lelaki lengkap beruniform dipercayai pegawai kastam menendang barang yang dibawa oleh seorang wanita, sebelum pegawai itu kemudian mengancam untuk menampar wanita tersebut.
Punca pertengkaran tidak dapat dipastikan, berdasarkan rakaman di awal video yang viral itu, wanita terbabit dilihat tidak berpuas hati apabila pegawai kastam berkenaan mengarahkannya untuk diam, dan jangan kurang ajar.
Pada durasi video ke 38 saat, terdengar suara dipercayai rakan kepada wanita itu meminta borang daripada pegawai terbabit, pegawai itu kemudian mengarahkannya untuk mengira jumlah barangan yang dibawa dipercayai bagi urusan taksiran cukai.
Wanita itu bagaimanapun enggan mengira jumlah barang yang dibawanya.
"Kenapa pula? You yang nak 'tax' (cukai) kan, you yang kena kira!" balas wanita terbabit sekaligus membuatkan pegawai kastam itu menjadi hilang sabar.
Akibatnya pegawai kastam tersebut bertindak menendang barang yang dibawa oleh wanita itu, seterusnya menjadikan pertengkaran semakin hangat.
Pada minit ke 1:36 pegawai kastam tersebut dalam nada geram mengancam untuk menampar wanita itu.
"Aku tampar juga kang," kata pegawai itu. Tindakan itu menjadikan pertengkaran semakin menjadi-jadi.
"Oh kalau kau berani kau penamparkan aku, kau bolehlah, kau tengoklah," cabar wanita itu pula.
Berikut video yang dimaksudkan sila klik 'button play' untuk menonton.
Video ini dipercayai mula-mula dimuatnaik oleh Vinoth Vinothavan melalui akaun Facebook miliknya. Dia mempersoalkan layanan pegawai kastam tersebut yang bertindak menendang barangan yang dibeli oleh wanita itu.
"Kalau langgar undang-undang saman je, atau pun suruh naik mahkamah, ini bukan cara layanan. Bukan perempuan tu tak nak bayar. Nak bayar," tulisnya.
-milosuam
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.