`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, June 29, 2021

Diskaun bil elektrik sebanyak 40% bagi 2.9 juta pengguna domestik di Semenanjung

 

Diskaun bil elektrik menerusi PEMULIH ini diberikan secara bersasar kepada pengguna domestik dan bukan domestik di Semenanjung dan Sabah bagi meringankan beban rakyat di kala wabak Covid-19 sedang melanda.

PETALING JAYA: Seramai 2.9 juta pengguna domestik di Semenanjung yang menggunakan elektrik bulanan sebanyak 200 Kilowatt jam (kWj) akan menikmati diskaun bil elektrik sebanyak 40%, menurut Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli.

Sementara itu, pengguna domestik yang menggunakan elektrik bulanan antara 201 hingga 300kWj pula akan mendapat diskaun sebanyak 15%, penggunaan elektrik di antara 301 hingga 600kWj akan diberi diskaun 10%, manakala penggunaan di antara 601 hingga 900kWj akan mendapat diskaun 5%.

“Diskaun ini akan diberikan bagi bil elektrik bulan Julai, Ogos dan September ini,” kata menterinya, Shamsul Anuar Nasarah dalam kenyataan lewat malam tadi.

Diskaun itu antara inisiatif bantuan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bernilai RM150 billion diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam.

Ia diberikan secara bersasar kepada pengguna domestik dan bukan domestik di Semenanjung dan Sabah bagi meringankan beban rakyat di kala wabak Covid-19 sedang melanda.

Bagi pengguna elektrik bukan domestik di Semenanjung pula, diskaun diberikan 5% bagi kategori tarif komersial, industri dan pertanian di bawah voltan rendah, manakala pengguna elektrik dalam enam sektor perniagaan terpilih dalam inisiatif PEMERKASA Tambahan akan terus menerima diskaun 10% bagi tempoh yang sama.

Sementara itu, pengguna elektrik di Sabah akan menikmati diskaun secara bersasar bagi tempoh tiga bulan bermula Julai melibatkan diskaun 40% bagi penggunaan elektrik bulanan sebanyak 200kWj dan ke bawah.

“Pengguna elektrik bulanan di antara 201 hingga 300kWj terima diskaun 15%; 301 hingga 500kWj (diskaun 10%) dan 501 hingga 1000kWj (diskaun 5%).

“Bagi pengguna bukan domestik di Sabah di bawah kategori komersial, industri dan pertanian bervoltan rendah akan menikmati diskaun bil elektrik sebanyak 5%, sama seperti di Semenanjung,” kata Shamsul Anuar.

Pada masa sama, katanya, sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0, tiada pemotongan bekalan elektrik akan dilakukan bagi semua pengguna, pemotongan bekalan elektrik kepada pengguna domestik yang mempunyai tunggakan bil tidak melebihi enam bulan akan ditangguhkan sehingga 30 Sept dan Pelan Bayaran Mudah akan ditawarkan bagi pengguna domestik sehingga 31 Dis. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.