`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, June 3, 2021

Jalan lengang susulan PKP, mat rempit ambil kesempatan berlumba

 

Video tular menunjukkan empat penunggang motosikal berlumba di jalan raya yang lengang.

PETALING JAYA: Tular video memaparkan empat penunggang motosikal mengambil kesempatan jalan raya yang lengang susulan PKP untuk berlumba, dipercayai dirakam di Kuantan, Pahang.

Menerusi video dimuat naik MyWatch, penunggang motosikal itu dilihat menghalang laluan sebuah kenderaan kerana terlalu “asyik” berlumba.

Mereka tidak menghiraukan sebuah kenderaan yang cuba memotong walaupun sudah diberikan amaran hon.

“Segelintir mat rempit ambil kesempatan jalan lengang untuk berlumba. Lokasi di Kuantan, Pahang,” kata pengendali akaun MyWatch.

Video berdurasi 1 minit 47 saat yang tular sejak semalam, menerima kecaman warganet yang menyifatkan tindakan itu sebagai biadap dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Aduh sudahlah perlahan, malulah woi kereta hon begitu saja,” perli seorang warganet. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.