`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, June 21, 2021

Lelaki jatuh dari tingkat 10 IPD ketika selenggara penyaman udara

 

Menurut polis, mangsa yang ditemui terbaring di atas lantai di luar lobi IPD Dang Wangi itu mengalami kecederaan pada tubuh badannya.

PETALING JAYA: Seorang lelaki cedera selepas terjatuh dari tingkat 10 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi ketika sedang melakukan penyelenggaraan penyaman udara.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah berkata, dalam kejadian jam 6 petang itu, satu bunyi dentuman dari arah luar lobi didengari anggota bertugas di kaunter pertanyaan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati seorang individu terbaring di atas lantai di luar lobi IPD Dang Wangi dengan mengalami kecederaan pada tubuh badannya.

“Lelaki terbabit terjatuh ketika melakukan penyelenggaraan penyaman udara di tingkat 10 bangunan IPD Dang Wangi,” katanya semalam menurut laporan Harian Metro.

Zainal berkata, pihak polis kemudian menghubungi ambulans untuk menghantar mangsa ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan.

Tambah beliau, orang ramai diminta supaya tidak menularkan sebarang gambar atau video berkaitan kejadian berkenaan yang boleh mendatangkan kegusaran awam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.