`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, June 4, 2021

Salah guna kebenaran MITI, premis jual arak diarah tutup

 

Ketua Polis Daerah Brickfields, Anuar Omar berkata, premis yang hanya menjual minuman keras itu ditutup atas nasihat dan arahan pihaknya.

PETALING JAYA: Sebuah premis perniagaan diarah tutup selepas didapati menjual minuman keras semata-mata, yang bukannya di bawah kategori barangan keperluan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Anuar Omar berkata, seorang lelaki membuat laporan polis mendakwa sebuah premis menjual minuman keras dengan surat kebenaran beroperasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk peruncitan makanan dan minuman, seperti yang tular di media sosial.

“Pihak polis mengambil tindakan dengan memberi nasihat dan mengarahkan premis tersebut ditutup.

“Ekoran itu, pihak premis akur dan mengambil tindakan seperti yang diarahkan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Semalam, kumpulan perniagaan yang keliru sama ada penjualan arak kini dilarang, mempertikaikan serbuan polis ke atas sebuah kedai menjual minuman keras di Bangsar.

Anuar yang dilaporkan mengesahkan serbuan itu, berkata mengikut SOP Majlis Keselamatan Negara, “semua kedai yang menjual minuman beralkohol mesti ditutup segera, seperti kilang Carlsberg”.

“Arak tidak dianggap minuman perlu. Tiada keperluan untuk mensensasikan perkara ini kerana ia perintah kerajaan untuk membantu mengekang penularan Covid-19,” kata Anuar kepada FMT semalam.

Anuar mengingatkan peniaga supaya tidak menyalahgunakan surat kelulusan MITI sewenang-wenangnya.

Beliau meminta orang ramai menyalurkannya sebarang maklumat berkaitan pelanggaran SOP dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di talian 03-22979222 atau mana-mana balai polis berdekatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.