`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, June 4, 2021

Statistik Suntikan Vaksin Covid Negeri Kelantan



Jelas sekali angka dan bilangan orang yang telah daftar dan disuntik berbanding dengan jumlah populasi negeri Kelantan sangat mengecewakan.  

Dan bukan negeri Kelantan sahaja yang menghadapi masalah ini tetapi negeri lain pun lebih kurang serupa juga.

Yang lebih sedih ialah majoriti besar orang yang tidak berdaftar atau tidak hadir untuk disuntik adalah orang Melayu. Tuan-tuan please pay attention to this problem ok.

Kita perlu meningkatkan usaha untuk berkomunikasi dan memberi penerangan yang cukup untuk memastikan suntikan vaksin ini akan berjaya.

Tak gunalah berbilion Ringgit duit rakyat dibelanjakan untuk vaksin tetapi wabak Covid masih mengganas  sebab satu group sahaja (yang agak ramai juga) tidak yakin dengan vaksin atas sebab tertentu. 

Dan yang malang lagi ialah sebab-penyebab itu seringkali berasas kepada kepercayaan karut-marut, tahyul dan khurafat.  

Orang sanggup percaya bomoh yang membuat tawaran palsu bahawa mereka boleh sembuhkan Covid dsbnya. Atau dari sudut lain, tok bomoh berani buat tawaran palsu sebab mereka tahu orang akan percaya mereka.  

Sedihnya sehingga hari ini kita telah gagal memecahkan belenggu-belenggu tahyul, khurafat dan syirik yang mencengkam minda terlalu ramai orang. Dan golongan yang bertanggungjawab mengekalkan kepercayaan syirik ini tidak lain tidak bukan puak-puak lebai yang menjual pakej doa dan ayat Quran bercampur mantera-mantera  berjampi. Mereka mempunyai lesen besar dan tiada tindakan diambil terhadap mereka.

Sistem pendidikan kita juga gagal membuka minda rakyat kita untuk menganalisa sesuatu perkara secara lojik dan saintifik. Dan memang pun pendidikan sains tidak diberi tekanan yang cukup dalam sistem pendidikan kita. Setiap tahun kita 'manufacture' jauh lebih ramai pelajar dalam bidang 'tidak boleh gunakan akal' daripada bidang yang perlu menggunakan akal. 

Suntikan vaksin Covid ini adalah pilihan antara hidup atau mati.  Satu usaha yang lebih serius dan berkesan adalah perlu untuk meyakinkan semua orang untuk menyertai kempen imunisasi Covid. 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.