`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, June 19, 2021

Suami isteri ditahan ketika leka ‘kena’ dadah

 

Timbalan Ketua JSJN negeri Mohd Akmal Abdullah berkata, suspek lelaki yang berusia 28 tahun adalah warga Indonesia manakala isterinya yang berumur 29 tahun warga tempatan.

PETALING JAYA: Polis menahan suami isteri yang juga pengedar dadah ketika mereka leka menghisap bahan terlarang itu di sebuah rumah di Melaka.

Serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Timbalan Ketua JSJN negeri Mohd Akmal Abdullah berkata, suspek lelaki yang berusia 28 tahun adalah warga Indonesia manakala isterinya yang berumur 29 tahun warga tempatan.

“Ketika serbuan, suspek sedang menghisap dadah. Kami merampas satu peket syabu seberat lebih 50 gram bernilai kira-kira RM5,000.

“Pasangan terbabit juga mengedar dadah di kawasan perumahan sekitar Tengkera, selain bandar ini,” katanya.

Menurut beliau, pasangan terbabit aktif mengedar dadah sejak dua bulan lalu.

Semakan mendapati, suspek wanita mempunyai satu rekod lampau membabitkan dadah.

Kedua-duanya juga positif Methamphetamine. Mereka direman sehingga 23 Jun ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1982 dan Seksyen 15(1) akta sama. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.