PETALING JAYA: Surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) akan dilengkapi dengan kod respon pantas (QR).
Kata SAC Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman M V Srikumar M Nair, kod berkenaan akan diimbas oleh polis di sekatan jalan raya (SJR) bagi memastikan ketulenan surat.
“Apabila kod berkenaan diimbas (pautan berkenaan) akan meminta satu nombor kod yang hanya diketahui pihak polis,” katanya kepada Bernama semasa menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara PDRM malam tadi.
“Apabila kita masukkan nombor kod itu, maka kita akan dapat tahu sama ada surat itu betul tally (selaras) dengan pemegang surat.”
Dalam pada itu, beliau menolak dakwaan wujudnya layanan dwistandard berhubung kebenaran merentas negeri dan daerah terhadap mana-mana individu atau kumpulan seperti yang didakwa segelintir pihak.
“PDRM tidak melihat golongan kayangan atau sebaliknya…jika mempunyai dokumen yang sah dan bukti (kukuh), maka (permohonan rentas daerah atau negeri) dibenarkan,” katanya. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.