`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, June 18, 2021

‘Yang hubungi saya hanyalah ex-boyfriend kucing saya,’ Rafizi nafi dihubungi Azmin

 

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menafikan dirinya dihubungi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali.

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menafikan dirinya dihubungi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali.

“Whatsapp bahawa Azmin hubungi saya berlegar. Ramai yang dok mesej tanya. Setakat ini yang hubungi saya hanyalah ex-boyfriend kucing saya,” katanya di Twitter.

Rafizi turut berkongsi mesej WhatsApp tular itu di Twitternya. Asal usul mesej itu tidak dapat disahkan.

Antara lain mesej itu dipetik, “Selepas nadanya semalam yang menyokong saranan YDPA agar Dewan Parlimen dibuka dengan segara, Azmin menjelaskan “saya telah menghubungi beberapa orang otai reformasi semasa kami sama-sama berjuang untuk reformasi dulu. Antaranya Ezam dan Rafizi.”

Rafizi, dalam ciapannya, turut meminta orang ramai tidak mempercayai perang psikologi politik.

“Jangan percaya macam-macam psywar politik,” kata Rafizi dalam ciapan itu.

Rafizi dan Azmin dilihat sebagai seteru politik dan hubungan tegang antara mereka dalam PKR diketahui umum.

Azmin adalah timbalan presiden PKR sebelum keluar parti itu susulan perbalahan terbukanya dengan Anwar Ibrahim.

Azmin kini menjadi menteri kanan dalam kabinet Muhyiddin Yassin dan dilihat antara penggerak utama “Langkah Sheraton” tahun lalu yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan selepas berkuasa 22 bulan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.