`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, August 3, 2021

12 Senator PH kesal sidang Dewan Negara ditangguh

 

Senator Yusmadi Yusoff yang mewakili 12 ahli Dewan Negara PH itu berkata Parlimen selamat dijadikan tempat sidang kerana hampir 99% sudah divaksin.

KUALA LUMPUR: Seramai 12 Senator Dewan Negara daripada Pakatan Harapan (PH) menyatakan kekesalan dan kekecewaan mereka apabila persidangan yang sepatutnya berlangsung hari ini ditangguhkan ke suatu tarikh akan ditetapkan kelak.

Senator Yusmadi Yusoff yang mewakili 12 ahli Dewan Negara PH itu berkata, rata-rata ahli Dewan Negara sudah divaksin dua dos dan sepatutnya Parlimen sudah menjadi tempat paling selamat untuk bersidang.

“Pada pandangan kami sudah ikut semua aturan. Jumaat lalu sudah buat ujian swab Covid-19 semua.

“Parlimen selamat dijadikan tempat sidang kerana hampir 99% sudah vaksin,” katanya di luar bangunan Parlimen.

Yusmadi juga khuatir penangguhan Dewan Negara ini mempunyai unsur-unsur politik.

Katanya, dengan notis yang singkat, beliau sangat kesal dengan penangguhan Dewan Negara.

BERITA LANJUT MENYUSUL - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.