`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, August 20, 2021

33 mangsa bencana di Yan positif Covid-19 dikenal pasti

 

Dr Othman Warijo berkata terdapat empat mangsa yang positif Covid-19 menolak kemasukan ke PKRC dan akan mendapatkan rawatan di rumah masing-masing. (Gambar Bernama)

ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah telah mengenal pasti dan menguruskan 33 mangsa banjir di daerah Yan yang positif Covid-19 kategori satu dan dua, yang menjalani kuarantin di rumah.

Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo berkata, daripada jumlah itu tiga orang dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani manakala 14 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Sungai Petani.

“Lapan mangsa yang positif kekal di rumah dan berada dalam keadaan stabil manakala empat orang akan tamat tempoh kuarantin esok.

“Empat mangsa pula menolak kemasukan ke PKRC, dan akan mendapatkan rawatan di rumah masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Beberapa kawasan di daerah Yan terjejas akibat banjir yang berlaku disebabkan fenomena kepala air dalam kejadian petang semalam, yang setakat ini mengorbankan empat nyawa sementara dua masih hilang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.