`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, August 5, 2021

Jabatan Kesihatan Kelantan nafi beruk di Gua Musang positif Covid-19

 

Tular gambar di Facebook memaparkan seekor beruk memakai gelang merah jambu didakwa positif Covid-19.

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menafikan dakwaan seekor beruk di Gua Musang, positif Covid-19.

Pengarah JKNK Dr Zaini Hussin berkata pihaknya tidak melakukan ujian saringan Covid-19 ke atas haiwan.

“Tidak munasabah, kita tidak buat ujian calitan kepada beruk,” katanya ringkas ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu hantaran tular dalam Facebook yang memaparkan gambar seekor beruk memakai gelang merah jambu didakwa positif Covid-19. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.