`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, August 12, 2021

Kebakaran bilik isolasi Hospital Slim River bukan punca tangki oksigen

 

Pengarah Kesihatan Negeri Perak Dr Ding Lay Ming berkata kebakaran itu telah mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan iaitu melecur 9% di bahagian tangan dan telah diberi rawatan lanjut. (Gambar JBPM)

IPOH: Siasatan awal pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak berhubung kebakaran sebuah bilik isolasi, Wad 10 Hospital Slim River di Tanjung Malim malam kelmarin mendapati kejadian bukan berpunca daripada tangki oksigen terbakar.

Pengarah Kesihatan Negeri Perak Dr Ding Lay Ming berkata siasatan lanjut mengenai punca sebenar kejadian kira-kira pukul 7.20 malam itu sedang dijalankan pihak hospital serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Kebakaran melibatkan seorang pesakit lelaki yang ditempatkan di dalam bilik tersebut.

“Jururawat dan pembantu perawatan kesihatan yang bertugas telah segera mengalihkan pesakit ke tempat yang selamat,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata kebakaran itu telah mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan iaitu melecur 9% di bahagian tangan dan telah diberi rawatan lanjut.

Bagaimanapun katanya pesakit berusia lingkungan 40-an itu kini berada dalam keadaan stabil.

Semalam, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River dikerahkan ke hospital berkenaan namun kebakaran telah berjaya dipadamkan kakitangan hospital dan kemusnahan bilik isolasi itu dianggarkan 5%. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.