`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, August 11, 2021

Kes wanita didakwa dirogol rakan Adun, polis tunggu arahan TPR

 

Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim dipetik Harian Metro berkata, kertas siasatan sudah lengkap dan pihaknya menunggu arahan selanjutnya.

PETALING JAYA: Kertas siasatan berkaitan wanita yang mendakwa dirogol dua kenalan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor, pada 5 Disember tahun lalu sudah dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim dipetik Harian Metro berkata, kertas siasatan sudah lengkap dan pihaknya menunggu arahan selanjutnya.

“Kertas siasatan itu masih dalam tindakan pihak Timbalan Pendakwa Raya dan polis menunggu arahan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu peguam Asheeq Ali Sethi Alivi yang mewakili wanita terbabit menghantar surat tuntut perkembangan siasatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Asheeq Ali berkata, anak guamnya akan memfailkan saman sivil di mahkamah untuk mendapatkan kesemua atau sebahagian maklumat perkembangan siasatan kes rogol itu, sekiranya polis gagal memberi maklum balas dalam masa tujuh hari bermula hari ini.

Menurutnya, tindakan kedua yang akan diambil pihaknya adalah memfailkan saman sivil membabitkan semua individu yang terbabit dalam insiden pada malam itu.

Katanya, surat tuntutan sivil pertama akan dikeluarkan minggu depan kepada semua yang terbabit dan selepas itu akan mengambil tindakan sivil di mahkamah.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita membuat laporan polis pada 7 Disember tahun lalu, mendakwa dirogol rakan seorang Adun.

Bertindak atas laporan itu, polis menahan dua suspek disyaki terbabit dalam kejadian itu pada keesokannya, namun mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.