`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, August 28, 2021

KKM, JKM perlu saling kongsi data, pastikan golongan berkuarantin terjaga, kata Shahrir

 

Jika KKM berkongsi data mereka, ia akan memudahkan golongan berkuarantin di rumah mendapatkan bekalan barang keperluan daripada JKM, kata Shahrir Samad. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Perkongsian silang data yang tidak wujud antara Kementerian Kesihatan (KKM) dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyukarkan pengurusan golongan diarah berkuarantin di rumah, kata veteran Umno Shahrir Abdul Samad.

Beliau berkata, apabila tiada perkongsian daripada dua badan kerajaan itu, maka masyarakat sekeliling pula yang perlu memainkan peranan memastikan kebajikan golongan ini terjaga.

“Kerana tidak ada perkongsian data di antara badan-badan kerajaan, masyarakat lah yang mengambil tanggungjawab

“Di Johor Bahru, sudah lebih seratus isi rumah berkuarantin dibantu dengan bekalan barang-barang keperluan oleh badan-badan masyarakat dan pemimpin-pemimpin masyarakat,” katanya di Facebook.

Shahrir berkata, jika KKM berkongsi data mereka, ia akan memudahkan mereka berkuarantin di rumah mendapatkan bekalan barang keperluan daripada JKM.

“Apabila dua kementerian ini berkongsi data, mereka berkuarantin di rumah boleh mendapat barang keperluan untuk tempoh kuarantin dari Jabatan Kebajikan,” katanya.

Jelasnya, perkongsian data ini penting kerana tidak semua golongan yang berkuarantin di rumah ini mempunyai keupayaan kewangan untuk membeli belah selain tidak dapat keluar untuk mendapatkan bekalan keperluan.

“Buat masa ini, mereka dikena perintah kuarantin ditinggalkan begitu sahaja. Sudahlah tidak boleh keluar rumah untuk membeli-belah, tidak tahu pula kalau mereka mempunyai keupayaan kewangan untuk membeli-belah,” katanya.

Tambah Shahrir, memerangi Covid-19 tidak boleh diuruskan hanya dari pusat tetapi perlu kepada penyelarasan yang membabitkan jentera di bawah setiap jabatan.

“Alangkah baiknya kalau kementerian kesihatan melalui klinik-klinik kesihatannya berkongsi data golongan yang diperintah untuk berkuarantin di rumah dengan kementerian kebajikan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.