`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, August 5, 2021

Kotakan janji tambah bekalan vaksin, beri prioriti kepada Sabah, kata Salleh

 

Salleh Said Keruak berkata peningkatan kes di Sabah sejak beberapa hari lalu membuktikan proses vaksinasi harus dipercepatkan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas menteri komunikasi dan multimedia, Salleh Said Keruak menggesa vaksinasi di Sabah dipercepatkan susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.

Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan berkata kerajaan perlu mengotakan janji untuk memberikan tambahan bekalan vaksin dan prioriti kepada Sabah.

“Peningkatan kes di Sabah beberapa hari ini membuktikan proses vaksinasi harus dipercepatkan.

“Kita sudah dengar pengumuman Kerajaan Persekutuan untuk berikan tambahan bekalan dan prioriti kepada Sabah. Kini, kita berharap mereka kotakan janji tersebut,” katanya dalam catatan di Facebook.

Salleh juga berharap bekalan vaksin untuk rakyat di Sabah sampai mengikut jadual dan dalam kuantiti yang dijanjikan.

Katanya, jika perlu pelan alternatif mesti disediakan untuk mengatasi sebarang kelewatan bekalan vaksin.

“Warga Sabah sudah lama sedia untuk vaksin. Kita menunggu,” katanya.

Pada Jun lalu, Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan Covid-19, Masidi Manjun berkata kuota bekalan vaksin di Sabah akan ditingkatkan kepada 792,000 dos pada Julai dan 1.1 juta dos pada Ogos.

Masidi berkata, penambahan itu akan meningkatkan kapasiti pemberian vaksin sekali gus mampu mencapai sasaran 30,000 suntikan sehari pada bulan depan.

Menurutnya, sekiranya bekalan vaksin tiba dalam tempoh ditetapkan, Sabah akan mencapai imuniti kelompok menjelang hujung tahun ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.