`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, August 13, 2021

Lelaki buat aksi lucah dalam kedai serbaneka ditahan polis

 

Tangkap layar rakaman CCTV menunjukkan suspek melakukan onani di bahagian rak yang menempatkan tisu di kedai serbaneka di Balik Pulau.

PETALING JAYA: Polis berjaya menahan seorang lelaki yang melakukan aksi lucah dalam sebuah kedai serbaneka di Balik Pulau, Pulau Pinang, Selasa lepas setelah video menunjukkan kelakuannya menjadi tular.

Suspek berusia 21 tahun itu ditahan di tepi Jalan Besar Balik Pulau kurang 24 jam selepas pengadu, iaitu pekerja kedai berkenaan berusia 17 tahun, membuat laporan polis.

Suspek berasal dari Paya Kongsi dan belum berkahwin, kata Ketua Polis Daerah Barat Daya Kamarul Rizal Jenal.

Namun, suspek yang juga seorang pekerja kilang tidak mempunyai rekod jenayah, tambah Kamarul.

“Lelaki terbabit mengaku pergi ke kedai serbaneka itu pada hari kejadian.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Balik Pulau, esok (hari ini) mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan,” katanya semalam, menurut laporan Harian Metro.

Polis turut merampas topi keledar, baju berwarna oren dan seluar hitam yang dipakai suspek pada hari kejadian.

Dilaporkan pada hari kejadian, suspek yang dikenali pengadu itu datang ke kedai berkenaan membeli barangan pada 8 malam sambil berbual mengenai kondom.

“Suspek kemudian pergi ke bahagian rak yang menempatkan tisu sebelum dilihat melakukan onani.

“Terkejut dengan kelakuan suspek, pengadu kemudian bersembunyi di bilik stor bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini,” kata Kamarul.

Beliau berkata, suspek kemudian beredar kira-kira 30 minit kemudian dan pengadu terus membuat laporan di balai polis berhampiran.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian berdurasi satu minit yang menjadi tular di media sosial turut mendapat kecaman warganet.

Kes disiasat bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.