`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, August 9, 2021

Lelaki tikam rakan dengan pisau angkara dadah, hutang

 

Polis berkata suspek ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Akibat dadah dan hutang, seorang lelaki dipercayai tergamak menikam rakannya dengan sebilah pisau dapur di kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) Bukit Malut, Langkawi semalam.

Difahamkan, kedua-dua lelaki tersebut yang bekerja sendiri dan tinggal di kawasan penempatan itu serta saling mengenali, bergaduh dipercayai berkaitan dengan dadah dan hutang.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Shariman Ashari berkata, suspek berusia 27 tahun sebelum itu membaling kayu ke arah mangsa berusia 25 tahun yang membonceng motosikal bersama rakan sebelum menikamnya dalam kejadian pada pukul 8.30 malam.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa sedang membonceng motosikal bersama saksi (rakannya) dan secara tiba-tiba suspek membaling kayu ke arah mangsa.

“Rakan mangsa kemudian memberhentikan motosikal dan suspek telah pergi ke arah mangsa lalu mengeluarkan sebilah pisau dan menikam belakang badan mangsa sebanyak dua kali,” katanya memetik Utusan Malaysia.

Shariman berkata, suspek yang berjaya ditangkap oleh penduduk kampung ke Subtek Polis PKPD Bukit Malut Untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Maliha Langkawi untuk menerima rawatan.

“Polis menemukan sebatang kayu dan sebilah pisau dapur yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian tersebut, suspek juga ditahan reman tujuh hari bermula hari ini,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.