`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, August 21, 2021

Lencongan di 88 lokasi susulan maklumat anjur himpunan di ibu kota, kata polis

 

Polis menasihatkan warga kota khususnya pengguna jalan raya agar mengelakkan melalui jalan-jalan dinyatakan. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Polis akan membuat lencongan jalan raya di 88 lokasi sekitar ibu negara mulai 9 pagi ini berikutan terdapat maklumat ada pihak yang merancang mengadakan perhimpunan atau perarakan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Sarifudin Mohd Salleh berkata, antara laluan yang terlibat adalah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Loke Yew, Jalan Tun Sambathan, Jalan Bukit Bintang, Masjid Negara dan Bulatan Sultan Hishamudin.

“Turut terlibat dalam lencongan jalan raya adalah Jalan Kuching, Susur Jalan Tun Razak, Jalan Sungai Besi, Jalan Istana dan Bulatan Sungai Besi.

“Polis menasihatkan warga kota khususnya pengguna jalan raya agar mengelakkan melalui jalan-jalan berkenaan dan mematuhi arahan polis untuk memastikan keadaan sentiasa terkawal dan lancar,” katanya dalam kenyataan.

Sarifudin berkata orang ramai boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau balai polis terdekat untuk sebarang pertanyaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.