`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Thursday, August 26, 2021

Masjid di N Sembilan benar operasi terhad 150 jemaah susulan peralihan Fasa 2 PPN, kata MB

 

Aminuddin Harun berkata, para jemaah diingatkan sentiasa memakai pelitup muka dengan sempurna, membawa sejadah peribadi bersaiz besar, menjaga penjarakan fizikal dan berwuduk dari rumah.

PETALING JAYA: Masjid dan surau di Negeri Sembilan dibenar beroperasi dengan kapasiti maksimum 150 jemaah untuk masjid dan 30 jemaah untuk surau bermula esok.

Ia susulan peralihan Negeri Sembilan ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Besar Aminuddin Harun berkata, jumlah berkenaan termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid serta petugas keselamatan dan sukarelawan yang melepasi tempoh 14 hari menerima dua dos suntikan vaksin.

Aminuddin berkata, para jemaah diingatkan agar sentiasa memakai pelitup muka dengan sempurna, membawa sejadah peribadi bersaiz besar, menjaga penjarakan fizikal dan berwuduk terlebih dahulu dari rumah masing-masing.

“SOP lengkap boleh dirujuk melalui saluran rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Saya memohon kepada seluruh jemaah yang hadir ke masjid dan surau agar mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Jawatan kuasa masjid dan surau hendaklah melaksanakan tanggungjawab pematuhan SOP aktiviti masjid dan surau yang telah digariskan,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Utusan Malaysia.

Aminuddin berkata, keputusan tersebut diambil setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, berkenaan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) aktiviti solat di masjid, surau Jumaat dan surau Negeri Sembilan dalam tempoh Fasa 2 PPN dilaksanakan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.