`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, August 14, 2021

Muhyiddin licik, jangan mudah termakan umpan, kata Guan Eng

 

Lim Guan Eng berkata, 105 Ahli Parlimen pembangkang sebulat suara menolak tawaran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen pembangkang yang ‘terpesona’ dengan taburan janji manis Muhyiddin Yassin berpegang kepada pemikiran matlamat menghalalkan cara, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Kenyataan beliau muncul selepas dua Ahli Parlimennya, Ong Kian Ming (Bangi) dan Tony Pua (Damansara), mahu pembangkang mempertimbang cadangan dikemukakan Muhyiddin terutama dalam mereformasikan institusi, selain enggan membiarkan kleptokrat kembali berkuasa.

Ahli Parlimen Bagan itu, bagaimanapun berkata beliau tidak menyalahkan ada pihak tertarik dengan tawaran reformasi dicanangkan perdana menteri itu, semalam.

“Mereka tidak peduli siapa mengemukakannya. Mereka tidak salah. Mereka tidak salah dalam mengejar reformasi institusi secara idealistik.

“Namun, kita berhadapan dengan perdana menteri yang memiliki rekod sejarah melakukan sebaliknya apabila “matlamat menghalalkan cara”, dalam perkara ini untuk kekal menjadi perdana menteri tanpa mengira betapa mahal harganya,” katanya dalam kenyataan.

Guan Eng berkata, reformasi institusi bukanlah permainan politik kerana memerlukan komitmen ikhlas, bahkan mendambakan pengorbanan.

“Berdasarkan rekod perdana menteri dalam pengkhianatan politik dan komposisi Kabinet konservatifnya yang secara konsisten menentang reformasi dalam sebarang bentuk, ada keraguan munasabah sama ada Mahiaddin akan melaksanakan reformasi dijanjikannya,” katanya.

Beliau berkata, adalah jelas cadangan ‘perdamaian dan setiakawan’ dihulur Muhyiddin bukti percaturan kuasa atau strategi untuk survival.

“Walaupun ramai menjangkakan Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin tidak mempunyai pilihan, selain meletakkan jawatan, sehingga menimbulkan kemungkinan Parlimen akan dibubarkan, DAP menolak pilihan raya umum kerana rekod tertinggi kes jangkitan Covid-19 dan angka kematian yang menghampiri 12,000 orang,” katanya.

Katanya, DAP mengulangi komitmen menyelamatkan nyawa dan mata pencarian dengan menumpukan usaha memerangi pandemik Covid-19.

“DAP berpegang teguh kepada pilihan kami untuk calon perdana menteri berdasarkan kepada mandat PH. Jawatan perdana menteri bukan milik satu orang sahaja tetapi kelayakan perlu berdasarkan potensi kemampuan dan kapasiti untuk mengatasi wabak Covid-19, kemelesetan ekonomi dan komitmen reformasi institusi,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.