`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, August 5, 2021

Rogol budak 13 tahun, mekanik dipenjara sembilan tahun, tujuh sebatan

 

Tertuduh didakwa merogol mangsa dari 16 hingga 22 Jun lalu di kediamannya di Batu Kawa, Kuching.

KUCHING: Seorang mekanik jentera berat dipenjara sembilan tahun dan tujuh sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, kerana merogol seorang kanak-kanak berusia 13 tahun selama tujuh hari berturut-turut.

Mohamad Radzuan Saadi, dari Kota Samarahan, mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol mangsa antara jam 6 petang hingga 9 malam di kediamannya di Batu Kawa, dari 16 hingga 22 Jun lalu, menurut laporan Utusan Borneo.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sementara itu, Hakim Jason Juga mendengar laporan sosial tertuduh, memandangkan dia masih berusia 20 tahun semasa kejadian, seterusnya dikategorikan sebagai pesalah muda.

Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mengemukakan laporan sosial hari ini bagaimanapun menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan hukuman yang sesuai memandangkan dia mencapai usia 21 tahun bulan ini dan tidak lagi tidak sesuai untuk dihantar ke Sekolah Henry Gurney.

Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara sembilan tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan dihadapinya, selain mengarahkan hukuman dijalankan secara serentak.

Ketika membuat rayuan bagi meringankan hukuman, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu berkata dia menyesali perbuatannya, manakala itu kesalahan pertamanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan bagaimanapun memohon tertuduh dikenakan hukuman berat dengan mengambil kira faktor usia mangsa dan tertuduh, kepentingan awam, berat kesalahan dilakukan, selain mengambil kira bahawa kes itu tular pada Jun lalu.

Menurut laporan terdahulu, mangsa tidak pulang selepas keluar dari rumah untuk mengambil buku tugasan di sekolah pada 15 Jun lalu menyebabkan bapanya membuat laporan polis serta berusaha mencari mangsa.

Remaja perempuan itu kemudiannya dikesan pada 23 Jun lalu, di sebuah pusat beli-belah di Semariang ketika dia hendak membeli kad sim telefon bimbit sebelum diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.