`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, August 23, 2021

Sokonglah Shafie Apdal Sebagai Ketua Pembangkang Baru - Amanah Kata Brader Anwar Sudah Gagal

 


https://www.msn.com/en-my/news/berita/bentuk-semula-ph-plus-ganti-ketua-pembangkang-ahmad-asri/ar-AANABQP?ocid=msedgntp

  • Ketua Amanah Bukit Bintang, Ahmad Asri gesa ganti ketua pembangkang 
  • kegagalan PH mendapatkan SD yang cukup bagi calon PM 
  • Anwar hanya mampu kumpul 92 SD berbanding 114 diperoleh Ismail Sabri 
  • AMANAH desak lantik pengerusi PH Plus baru
  • seterusnya menukar ketua pembangkang baharu 
  • ketua pembangkang mestilah pemimpin yang dipercayai parti PH 
  • Menukar ketua pembangkang jalan terbaik kembalikan kepercayaan rakyat 
  • boleh diketengahkan Shafie Apdal  


OSTB:  Eloklah, at last Parti Amanah pun sedar bahawa Anwar Ibrahim sudah melepasi 'Expiry Date' nya. 

Memang pun Brader Anwar gagal berkali-kali dan banyak kali untuk menjadi Perdana Menteri. Brader sudah tidak popular terutama sekali dalam parti PKR sendiri di mana hampir kesemua penyokong lama nya sudah undur atau meninggalkan "perjuangan" menyokong nya. Dan parti PKR pun sudah pecah dua dengan ramai orang kuat parti itu telah pun meninggalkan parti dan sertai parti lain.

Isteri Wan Azizah dan anak Nurul Izzah pun turut mengundurkan diri daripada bergiat secara aktif  dalam parti.  Yang masih meletak harapan terhadap Brader Anwar adalah DAP. Dulu Amanah pun menjadi penyokong kuat Brader Anwar tetapi Amanah Bukit Bintang sekarang sudah menyuarakan hasrat ramai ahli parti Amanah, ia itu Brader Anwar sudah gagal.

Cadangan melantik Dato Shafie Apdal sebagai Ketua Pembangkang adalah satu cadangan yang baik.  Bukan saja Dato Shafie mempunyai populariti yang makin 'menaik' tetapi beliau juga mewakili Sabah (dan Malaysia Timur keseluruhanya)  dan mampu menjadi pemimpin yang mewakili keseluruhan negara kita. 

Melantik Dato Shafie sebagai Ketua Pembangkang mampu menyatukan semangat perpaduan  antara tanah Semenanjung dan Sabah serta Sarawak. 

Ucapan dan kenyataan Dato Shafie Apdal lebih fokus memperjuangkan kebajikan rakyat  biasa.  Beliau sering membuat kenyataan tajam seperti 'keluasan kawasan Parlimen Lahad Datu lebih besar daripada negeri Pahang'.  

Shafie Apdal sebagai Ketua Pembangkang akan memberi kesan yang lebih efektif.  

Sudah lebih 23 tahun Brader Anwar gagal memperjuangkan 'I have the numbers, they are convincing .."

Why not cuba try orang lain pula?


Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.