`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, August 3, 2021

Zahid, Ahmad Maslan, Ku Li, Najib, Azalina antara Ahli Parlimen hantar surat akuan kepada Agong

 

Keabsahan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri semakin tergugat akibat tindakan Umno.

PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya 11 Ahli Parlimen difahamkan menghantar akuan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk diserah kepada Yang di-Pertuan Agong.

Difahamkan, Ahli Parlimen berkenaan ialah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Ahmad Maslan (Pontian) yang juga Setiausaha Agung Umno, Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Najib Razak (Pekan), Azalina Othman Said (Pengerang), Mohd Nizar Zakaria (Parit), Azeez Abdul Rahim (Baling) dan Noh Omar (Tanjung Karang).

Ahli Parlimen lain adalah Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands), Ahmad Nazlan Idris (Jerantut) dan Ahmad Jazlan Yaakub (Machang).

Zahid berkata, surat akuan Ahli Parlimen Umno itu sekali gus bermakna kepimpinan Muhyiddin sudah hilang keabsahan sebagai ketua kerajaan kerana tidak lagi menikmati majoriti Ahli Parlimen.

Umno adalah blok penyokong terbesar yang membawa kepada pembentukan kerajaan Perikatan Nasional tahun lalu. Meskipun mempunyai sokongan padu Umno sebelum ini, kerajaan Muhyiddin dipercayai mempunyai majoriti amat rapuh di Dewan Rakyat.

FMT sedang mendapatkan pengesahan membabitkan Ahli Parlimen terbabit. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.