`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, September 5, 2021

KJ perlu segera tangani BID tinggi, ICU penuh di Sabah, kata ADUN

 

Peperangan menghadapi Covid-19 tidak akan dapat mencapai kemenangannya jika sumber-sumber yang sepatutnya ada tidak dimiliki, kata ADUN Sri Tanjung Justin Wong.

KOTA KINABALU: Peningkatan kes kematian luar hospital (BID), termasuk penggunaan unit rawatan rapi (ICU) mencapai kapasiti 110%, antara isu yang perlu ditangani Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, dalam lawatan kerjanya ke Sabah, esok.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung Justin Wong berkata selain itu, Khairy juga perlu mendengar keluhan semua doktor di Sabah agar permasalahan mereka dapat segera diatasi demi kebaikan sistem kesihatan di negeri itu.

“Saya bukanlah mahu kelihatan tidak realistik dengan mengharapkan semua masalah dapat diselesaikan ketika lawatan menteri, tetapi sila berusaha untuk kunjungi semua hospital di Sabah.

“Untuk makluman, kami tidak mempunyai menteri yang ditugaskan mengurus portfolio berkaitan kesihatan. Ini kerana ‘rakan-rakan’ anda telah memutuskan untuk tidak meneruskan mempunyai jawatan menteri yang memegang portfolio kesihatan selepas mereka mengambil-alih pemerintahan pada tahun lalu.

“Mungkin mereka menganggap ini tidak perlu tetapi dalam konteks ini, adalah penting untuk menjadikan seseorang sebagai badan pembuat keputusan tertinggi di negeri ini berkaitan keadaan kesihatan. Dari sana, Kabinet dapat merumuskan dan melaksanakan apa yang diperlukan bagi menangani Covid-19 dengan lebih berkesan,” katanya.

Jimmy yang juga ahli DAP, berharap perkara Kementerian Kesihatan dapat menyediakan peralatan perubatan diperlukan di semua hospital di Sabah.

Katanya, peperangan menghadapi Covid-19 tidak akan dapat mencapai kemenangannya jika sumber-sumber yang sepatutnya ada tidak dimiliki.

“Apa yang membimbangkan kita ialah ICU yang ada di negeri ini dilaporkan telah mencapai kapasiti 110% setakat semalam dan kejadian BID telah meningkat dalam tempoh singkat.

“Seperti dilaporkan juga, terdapat 92 daripada 226 kematian berkaitan Covid-19 di Sabah pada minggu lalu dalam kategori BID. Sehubungan itu saya menggesa menteri supaya merangka semula strategi dengan menghantar peralatan perubatan diperlukan daripada negeri yang kurang teruk kes Covid-19 ke Sabah.

“Selain itu, saya juga mencadangkan agar PPV (pusat pemberian vaksin) di negeri ini yang kawasannya telah mencapai kelompok imuniti supaya ditutup dan memindahkan petugasnya dalam program vaksinasi bergerak ke kawasan luar bandar atau pedalaman. Ini akan dapat membantu meningkatkan kadar vaksinasi di Sabah,” katanya.

Beliau berkata, Khairy juga perlu memastikan pihak kementerian dapat menyediakan kit ujian Covid-19 yang mencukupi di Sabah.

Katanya, ujian saringan Covid-19 di negeri itu harus dipertingkatkan bagi mengesan seterusnya mencegah wabak berkenaan daripada menjadi sporadik.

“Statistik semasa menunjukkan 90% kes positif di Sabah adalah daripada kes sporadik dan nampaknya ketua menteri kita tidak begitu mengambil kisah mengenainya termasuk berusaha membeli peralatan ujian kepada semua Adun untuk diedarkan kepada rakyat.

“Mungkin anda menganggap ini hanya bercakap ‘manis’ tetapi Pulau Pinang telah memulakannya dan inilah masanya juga untuk Sabah melakukannya,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.