`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, August 16, 2024

‘17 bulan pun gagal’, Puad bidas dakwaan Muhyiddin ‘ramai mahu PN kembali’

 

Free Malaysia Today
Puad Zarkashi mempersoalkan kemampuan Muhyiddin Yassin susulan dakwaan pentadbiran diterajuinya selama 17 bulan digelar ‘kerajaan gagal’.

PETALING JAYA
Seorang pemimpin Umno meminta Muhyiddin Yassin menasihatkan kerajaan Kelantan ditunjangi PAS untuk menyelesaikan masalah pengundi Nenggiri, berbanding terus menunggang isu kos sara hidup demi menagih undi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi berkata PAS yang memerintah Kelantan lebih 34 tahun masih gagal menyelesaikan geran tanah penduduk Nenggiri, selain isu air bersih dan pembalakan yang semakin meruncing.

“Muhyiddin tidak perlu tunggang isu koş sara hidup untuk menipu rakyat Nenggiri. Rakyat termasuk di Nenggiri tahu yang mana kaca mana permata.

Sepatutnya Muhyiddin mengingatkan kerajaan Kelantan selesaikan dulu masalah rakyat Nenggiri seperti hak pemilikan tanah, isu air bersih dan isu pembalakan,
 katanya kepada FMT.

Dalam kempennya di Nenggiri, Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata calon gabungan itu Rizwadi Ismail perlu menang Sabtu ini sebagai isyarat kepada pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa rakyat kini terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.

Bekas perdana menteri itu mendakwa susulan kenaikan kos sara hidup yang semakin menekan di bawah kerajaan perpaduan, rakyat mengharapkan PN segera mengambil alih Putrajaya.

Puad mempersoalkan keupayaan Muhyiddin apabila pentadbiran diterajuinya selama 17 bulan digelar ‘kerajaan gagal’ ekoran beberapa dasar semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) yang didakwa ‘silap’.

“Kehidupan rakyat susah semasa PKP. Ramai jadi bankrap, hilang pekerjaan, bisnes kena tutup bahkan ekonomi negara terjejas teruk kerana dasar PKP Muhyiddin yang silap.

Rakyat Nenggiri tahu kemampuan Muhyiddin,
 katanya.

Puad juga menyifatkan Muhyiddin sebagai ‘bermimpi’ apabila membangkitkan isu basi dengan mendakwa beliau sepatutnya menjadi perdana menteri ke-10, bukannya Anwar.

“Dia dakwa Agong silap kerana tidak memanggil dia mengangkat sumpah.

Ternyata Muhyiddin masih bermimpi untuk jadi perdana menteri walhal dia sudah terbukti perdana menteri gagal dan mampu bertahan 17 bulan sahaja. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.