PETALING JAYA: Gaji yang tidak mampu menampung kos sara hidup dan tekanan kerja ‘luar biasa’, antara sebab jururawat di sektor kesihatan awam meninggalkan perkhidmatan dan berhijrah ke luar negara, kata kesatuan.
Mengulas purata 500 kumpulan pekerja itu meninggalkan perkhidmatan sejak sedekad lalu, Presiden Kesatuan Jururawat Malaya Saaidah Athman berkata keadaan itu sudah lama berlaku dan perlu diatasi segera bagi mengelakkan krisis kekurangan pada masa depan.
Katanya, keadaan itu mendorong jururawat membina kerjaya mereka di luar negara yang menawarkan gaji lebih tinggi dan kemudahan lebih baik.
katanya kepada FMT.Maka gaji dan elaun perlu ditambah baik bagi memberi jaminan kerjaya ini menjadi pilihan kepada generasi muda akan datang…jika tidak masalah kekurangan jururawat akan terus berlaku,
Beliau juga bersetuju dengan kenyataan Senator Dr RA Lingeshwaran yang tugas jururawat semakin sukar, berbahaya dan sangat membebankan, selain berdepan situasi di hospital yang sesak pesakit.
katanya sambil mencadangkan kemudahan seperti tempat kerja, ruang rehat dan rumah staf ditambah baik untuk keselesaan manakala peralatan turut diganti bagi melancarkan tugas mereka.Ini tekanan kerja ‘luar biasa’ dihadapi jururawat,
Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, pada sidang Dewan Negara bulan lalu memberitahu sejak 2014, 5,009 jururawat staf dan 769 jururawat masyarakat memilih sama ada keluar atau meletak jawatan daripada perkhidmatan kerajaan.
Kebanyakan mereka adalah paramedik peringkat pertengahan dalam kumpulan Gred U36 dan U32. Daripada jumlah itu, 161 jururawat yang meninggalkan perkhidmatan adalah antara Gred U41 dan U54, 462 (daripada Gred U36), 2,284 (U28), dan 769 (Gred 19 hingga 26).
Lingeshwaran, bekas pengarah Hospital Sungai Bakap berkata jururawat adalah tulang belakang hospital dan menegaskan kehilangan anggota berpengalaman, terutama kepada sektor swasta dan hospital di luar negara bukan petanda baik kepada sistem penjagaan kesihatan negara.
Sementara itu, seorang bekas jururawat berpengalaman di hospital kerajaan yang berhijrah ke New Zealand berkata dia berpindah kerana mendakwa kebajikan kumpulan pekerja tersebut kurang mendapat perhatian termasuk peluang kenaikan gred atau pangkat.
Beliau yang enggan dikenali berkata keadaan itu cukup menyedihkan kerana jururawat adalah salah satu tenaga kerja utama dalam bidang kesihatan.
katanya yang berharap kerajaan menyelaraskan semula bayaran untuk kumpulan itu. - FMTGaji tidak berbaloi. Isu ‘lompat hospital’ (pindah tempat kerja) jarang berlaku di New Zealand kerana gaji antara sektor awam dan swasta tidak banyak beza,
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.