`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, August 7, 2024

APABILA BOMOH KENCING BERLARI, PENGIKUT BODOH KENCING LARI BERGANTI

 

Tahniah kepada Dr Maza yang berani dan lantang bangkitkan kepercayaan karut marut yang masih menebal di kalangan masyarakat Melayu.

Masyarakat umum tidak boleh disalahkan atas kepercayaan dan amalan khurafat dan tahyul. Ini adalah kerana umum perlu diberi bimbingan oleh pemerintah dan pihak yang bertanggung jawab (mereka yang dibayar gaji daripada wang rakyat) untuk membantu membawa masyarakat keluar daripada kegelapan masuk ke dalam cahaya (minal zulumati ilan nur).  

Tetapi jika pemimpin lebih takut hilang undi dan hilang duit dan lebih rela masyarakat hilang akal dan terjebak khurafat dan tahyul, maka selama itulah bomoh khurafat akan tipu duit orang. Tujuan bomoh adalah untuk mencari duit dengan cara memperbodohkan orang. Pemimpin dan pemerintah tidak peduli bomoh memperbodohkan masyarakat.

Masyarakat yang jahil pernah bagi duit kepada tok guru jin untuk menghalau jin - sehingga jin boleh di angkut menaikki bas untuk dilepaskan di tempat lain pula. Saya ingin cadangkan kepada Dr Maza, Mufti negeri Perlis, untuk mengisytiharkan fatwa rasmi yang mengharamkan semua jenis amalan bomoh, dukun, pawang, perubatan "jampi serapah" dan yang sewaktu dengan-nya di negeri Perlis. Semoga Perlis akan menjadi contoh yang baik.

Negeri Perlis juga perlu menganjurkan "perkampungan anti syirik dan khurafat" untuk mendidik dan memberi bimbingan kepada masyarakat Melayu menjauhi syirik dan khurafat. 

Kelemahan dalam rumah kita jauh lagi besar dan membahayakan daripada kelemahan yang datang dari luar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.