`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, August 17, 2024

Bila orang gomen naik gaji

 

Mohsin Abdullah

Tak perlulah saya hurai secara teknikal, terperinci, dan spesifik pelarasan gaji baharu bagi penjawat awam yang diumum semalam oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Kesimpulannya gaji mereka naik.

Sebaik berita pengumuman disiar, seorang kenalan yang menganggotai kumpulan sembang WhatsApp (yang saya juga berada di dalamnya) melahirkan kesyukuran kerana kerajaan naikkan gaji. 

Alhamdulillah buat kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan,
 kata beliau. Kenalan saya itu sudah bersara daripada perkhidmatan awam.

Berkata pula seorang lagi kenalan yang juga orang pencen: 

Dari segi kadar nampak reasonable tapi dari segi amaun, naik gaji banyak sebab bosku dah bagi gaji tinggi.
 Saya tidak faham apa yang beliau maksudkan. Tidak pula saya cuba dapatkan penjelasannya. Cuma bertanya pada diri sendiri adakah si pencen itu tidak sependapat dengan kawannya tadi yang bersyukur?

Realitinya penjawat awam boleh dianggap golongan bertuah. Mereka sering dapat increment, dapat bonus tahunan, dapat duit raya setiap tahun, dan kerap juga dapat one-off payment.

Semasa PKP waktu pandemik Covid-19 dulu, kakitangan kerajaan tenang-tenang saja sebab akhir bulan gaji tetap masuk. Tidak seperti orang yang hilang sumber pendapatan waktu itu. Tidak pernah ada retrenchment kakitangan kerajaan. Mereka yang tidak berdisiplin dan sebagainya bukan mudah untuk disingkir, kecuali kesalahan yang dilakukan amat besar.

Umum tahu ada kakitangan kerajaan yang dedikasi, kerja keras, rajin, dan bertanggungjawab. Diakui juga ada kaki ponteng, kuat ambil MC, datang lambat, kerja sambil lewa.

Hakikatnya kedua-dua golongan dapat kenaikan gaji, walaupun PMX kata mereka yang malas dan ponteng tidak akan merasai kenikmatan gaji naik kali ini. Untuk ini terjadi bos-bos mereka mesti gigih mengasingkan the rotten from the good ones. Easier said than done.

Saya tak tahu berapa gaji orang gomen sekarang tetapi kata kawan yang tahu akan skim gaji kerajaan, gaji mereka bukan rendah macam dulu bila mana ramai termasuk saya tidak minat kerja kerajaan.

Namun yang membimbangkan apabila gaji orang gomen naik harga barangan turut naik. Bak kata tajuk berita akhbar Kosmo 15 Ogos lalu: Esok gaji ‘gomen’ naik, jangan pula lusa harga barang mahal.

Kata pakar ekonomi Zarinah Yusof yang dipetik FMT, kenaikan penjawat awam boleh membantu mengimbangi kos sara hidup dan bukan punca peningkatan harga barangan secara langsung.

Menurut beliau kenaikan harga barangan secara umumnya berlaku apabila terdapat kekurangan bekalan, permintaan tinggi, kos bahan mentah meningkat, dan kejatuhan mata wang.

Saya bukan pakar ekonomi tetapi apa yang saya lihat selama ini bila gaji kakitangan kerajaan naik harga barangan pun melambung. Itu realiti yang tidak boleh dinafikan. Maka orang yang gajinya tak naik, pekerja swasta, bekerja sendiri, termasuk golongan peniaga tertentu terkesan. Terpaksa hadap barangan mahal.

Apa pun majoriti rakyat tidak marah dan tak jaki kakitangan kerajaan dapat kenaikan gaji. Yang diminta seperti yang dilapor akhbar The Star semalam yakni sebelum pengumuman Anwar ialah 

Malaysians hope civil servants’ pay raise will mean better service.
 Boleh?

CNA Singapura melaporkan langkah mengejut PMX melantik seorang pegawai daripada luar ‘kelompok pegawai kerajaan elit’ untuk jawatan ketua setiausaha negara memecah ‘tradisi’ dan isyarat 

serious reforms in the public sector are underway.

Menurut CNA lagi, 

Close advisors to Mr Anwar acknowledge that when the premier took power after the country’s November 2022 general election, he privately declared that bringing greater discipline and professionalism was his top priority in the public sector workforce where corruption had become rampant.

Jadi adakah Anwar akan keluarkan rotan sekarang selepas beri apa yang kakitangan kerajaan mahu? Pasti PMX expects them to deliver. Ertinya semua penjawat awam kerja kuat untuk perkhidmatan cemerlang yang rakyat mahu? Kakitangan yang jahat tidak akan buat jahat lagi? Yang suka rasuah tidak makan suap lagi? Sebab gaji dah sedap sekarang?

Oleh kerana pengumuman kenaikan gaji dibuat pagi semalam khutbah Jumaat juga bercakap mengenainya. Khatib mengingatkan nilai positif bukan sahaja akan memberi kebaikan kepada individu pekerja, ia memberi impak besar kepada tatakelola pentadbiran dan rakyat keseluruhannya.

Oleh kerana majoriti kakitangan kerajaan terdiri daripada orang Melayu beragama Islam pasti yang lelaki sudah mendengar khutbah semasa di masjid untuk mendirikan sembahyang Jumaat semalam.

Yang wanita bolehlah Google khutbah Jumaat 16 Ogos 2024 berjudul 

Nilai dipelihara, Produktiviti diperkasa
. Semuanya akan terbentang. Kalau boleh layan video kelakar di TikTok takkan tak boleh hayati khutbah, betul tak?

Saya akhiri penulisan ini dengan petikan khutbah itu:

Tanamkan muraqabah (menyakini bahawa diri kita sentiasa dalam pengawasan Allah) dan dengan itu kita akan lebih cermat dalam menunaikan amanah yang telah diberi. Ingatlah bahawa setiap pekerjaan yang kita lakukan di dunia ini akan dihisab di akhirat kelak.

Eloklah kakitangan kerajaan menghayati peringatan itu. Melainkan mereka sudah tak kisah tuntutan agama. - FMT

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.