`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, August 15, 2024

Gaji naik imbang kos hidup, bukan punca kenaikan harga, kata pakar

 

Free Malaysia Today
Sebelum ini Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memberi bayangan gaji penjawat awam dinaikkan antara 15% hingga 42.7% menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

PETALING JAYA
Kenaikan gaji penjawat awam menjelang hujung tahun boleh membantu mengimbangi kos sara hidup dan bukan punca peningkatan harga barangan secara langsung, kata pakar ekonomi.

Zarinah Yusof berkata, kenaikan harga barangan secara umumnya berlaku apabila terdapat kekurangan bekalan, permintaan tinggi, kos bahan mentah meningkat dan kejatuhan mata wang.

“Kenaikan ini (gaji) dapat membantu mengimbangi kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi sekarang terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

Zarinah Yusof.
Zarinah Yusof.

Ia juga akan menjadikan pendapatan yang lebih munasabah untuk berdepan cabaran kos hidup yang semakin tinggi hari ini,
 kata bekas pensyarah ekonomi dan pendidikan Universiti Malaya kepada FMT.

Pada 7 Ogos lalu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memberi bayangan gaji penjawat awam dinaikkan antara 15% hingga 42.7% menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) di mana butiran akan diumumkan esok.

Sementara itu, Ahmed Razman Abdul Latiff dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata kadar inflasi kemungkinan naik namun sebarang kenaikan tidak begitu ketara dan masih di tahap normal.

Katanya, ketika ini kadar inflasi mencecah 2% dan kadar purata inflasi kebiasaannya sekitar 3%.

Free Malaysia Today
Ahmed Razman Abdul Latiff.

Namun, sudah tentu ada pihak akan ambil kesempatan dan kita sudah ada undang-undang seperti Akta Pencatutan dan Kawalan Harga. Pengguna boleh sentiasa membuat aduan jika ada peniaga ambil kesempatan menaikkan harga terlalu tinggi,
 katanya.

Bagi penganalisis ekonomi dari Universiti Kuala Lumpur, Aimi Zulhazmi, kenaikan gaji penjawat awam boleh menyumbang kepada peningkatan harga barang namun ia bukan penyebab utama ia berlaku.

Kenaikan (harga) juga berpunca daripada kenaikan cukai dan pengenalan jenis cukai baharu serta penstrukturan semula subsidi bahan api diesel, kemudian mungkin penstrukturan semula subsidi petrol RON95 turut memberikan tekanan kepada rakyat daripada kumpulan B40 dan M40,
 katanya.

Justeru, Aimi menggesa pihak swasta mengikut langkah kerajaan menaikkan gaji pekerja kerana ia akan menyumbangkan kepada negara berpendapatan tinggi dan rakyat dapat menikmati kemakmuran kekayaan negara. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.