PETALING JAYA: Perikatan Nasional nampaknya pertaruh harapan pada pengundi muda Orang Asli, yang dikatakan tidak terikat dengan ‘pemikiran orang lama’, menjelang hari mengundi PRK Nenggiri pada 17 Ogos.
Pengerusi Bersatu Kelantan Kamarudin Md Nor ketika dihubungi menepis ramalan mengatakan Orang Asli di DUN Nenggiri masih bersama Barisan Nasional.
Buktinya kekalahan BN di Parlimen Gua Musang pada PRU15 dan di Nenggiri pada PRN Kelantan 2023.
kata Kamarudin kepada FMT.Bukankah itu cukup bukti bahawa Orang Asli pun sudah melalui era perubahan, terutamanya pengundi muda?
Pemimpin Bersatu itu berkata segala faktor yang dikatakan memberi kelebihan kepada BN tidak menghasilkan kemenangan, termasuk tokoh politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah yang dikatakan berpengaruh di Gua Musang.
katanya.Dia (Tengku Razaleigh) pun kalah dalam pilihan raya,
Nenggiri salah satu daripada tiga DUN di bawah Parlimen Gua Musang. Tengku Razaleigh mewakili rakyat Gua Musang dari 1986 hingga 2018 dan tewas di tangan calon PAS pada PRU 2022.
Pada PRN lalu, BN tewas di Nenggiri pada PRN 2023, dengan majoriti tipis 810 undi.
Semalam, bekas menteri Khairy Jamaluddin ketika mengacarakan audio siar Keluar Sekejap menjangkakan BN berpeluang cerah untuk merampas Nenggiri, antaranya kerana pengaruh Tengku Razaleigh dan menugaskan Ahli Parlimen Ramli Mohd Nor untuk menarik sokongan Orang Asli.
Tengku Razaleigh adalah pengarah pilihan raya BN bagi PRK Nenggiri. Ramli merupakan Ahli Parlimen yang pertama daripada komuniti Orang Asli. Masyarakat itu membentuk 13% daripada pengundi Nenggiri.
kata Kamarudin.Orang muda dalam kalangan Orang Asli berfikiran agak bebas dan tidak terikat dengan pemikiran orang lama,
Dalam pada itu, Kamarudin mengundang Khairy luang masa meninjau Nenggiri sepanjang tempoh kempen.
katanya.Kempen sedang berjalan sekarang dan dia boleh lakukan pemerhatian dari situ, kemudian baru beri sebarang komen,
Rakyat Nenggiri akan memilih wakil mereka pada 17 Ogos, dalam pertembungan dua penjuru antara calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan calon PN Mohd Rizwadi Ismail. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.