`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, August 7, 2024

Pendigitalan akan lancar sidang Dewan, kata speaker

 

dewan-rakyat
Penggunaan sistem digital dalam sidang Parlimen dan DUN akan dibincangkan pada Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan DUN Se-Malaysia 2024 di Kuching, Sarawak pada September ini, menurut Johari Abdul. (Gambar Bernama)

ALOR SETAR
Penggunaan sistem digital dilihat penting dalam mentransformasi perjalanan sidang Dewan Rakyat, kata Speaker Johari Abdul.

Johari berkata, penggunaan sistem digital bagi menguruskan aturan Dewan khususnya berkaitan soalan wakil rakyat mampu memudahkan sidang serta menjimatkan kos.

“Saya pernah jadi wakil rakyat di Kedah dan apa yang diperkenalkan di negeri ini, soalan-soalan akan dimasukkan secara terus ke dalam sistem, jadi ia lebih cepat. Idea daripada Kedah itu saya bawa dan sepadankan dengan urusan di Parlimen.

Urusan melibatkan soalan tambahan dan pemberian jawapan semasa persidangan juga jadi lebih cepat. Kalau zaman dulu, mungkin tiga minggu baru dapat jawapan, sekarang ini boleh dapat dengan segera,
 katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke DUN Kedah di Wisma Darul Aman hari ini.

Johari berkata, pada peringkat DUN, Kedah dan Selangor merupakan antara negeri menggunakan sistem digital yang boleh dijadikan contoh kepada DUN negeri lain bagi melancarkan urusan mesyuarat.

Katanya, penggunaan sistem digital dalam sidang Parlimen dan DUN menjadi antara topik yang akan dibincangkan pada Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan DUN Se-Malaysia 2024 di Kuching, Sarawak pada 11 hingga 14 Sept ini.

Pada Januari lepas, Pejabat Speaker Dewan Rakyat memaklumkan sistem eHantar merupakan antara usaha terkini Parlimen untuk mendigitalkan urusan Dewan serta meningkatkan mutu perbahasan ahli-ahli Dewan.

Pertanyaan bagi jawab lisan dan bukan lisan, Waktu Pertanyaan Menteri (MQT), serta usul Kamar Khas dbawah Peraturan Mesyuarat 17 boleh dihantar melalui sistem berkenaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.