`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, September 6, 2024

Antara politik haramj@d@h dan realiti sebenarnya

 Ketenteraman dan keharmonian negara boleh senantiasa terancam oleh ahli politik perasuah, penipu dan yang bodoh tidak faham cara yang baik untuk majukan penduduk negara. 

Lazimnya ahli politik kita termasuk tiga jenis i. bodoh (bodoh biasa, masih sopan), ii. jenis bodoh sombong (dia tak tahu dia bodoh tapi dia sombong) dan iii. jenis jahat, bodoh dan sombong (jadong). Jadong boleh juga dikira kategori haramj@d@h - satu ungkapan yang pernah disebut oleh seekor perdana menteri jadong yang sekarang merengkuk dalam penjara tanpa siapa pun pedulikan masa depannya. Dia melakar sejarah sebagai PM pertama yang dipenjarakan. Tapi dont wori, mudah-mudahan akan ada calon lain yang juga akan menemaninya dalam penjara. The possibilities are huge.

Apakah common factor atau persamaan antara  kesemua ahli politik yang bodoh ini? They dont know anything useful. Mereka tidak tahu apa pun yang berguna.  Mereka jual air liur, mereka suka kahwin ramai bini, mereka suka main bet*na dan mungkin ada juga suka main b*nt*t.  Mereka tidak tahu kawal k*nek mereka dan tidak bertanggungjawab menjaga keharmonian rumah tangga sendiri. Tetapi mereka mahu jaga urusan negara pula, dengan 34 juta penduduknya.  Itulah jadong.

Tetapi tanyalah mereka apakah sebabnya Taiwan yang sudah pun begitu maju tiba-tiba boleh memecut laju lagi kemajuan ekonomi, mereka akan blur. Mereka tidak boleh brain soalan seperti itu.

Mereka terlalu bodoh faham bahawa penyertaan teksi e-hailing dalam perarakan hari Merdeka lebih memalukan negara kita. "Gig economy" yang sebenarnya adalah "no future economy" ataupun 'tiada masa depan yang cerah' menjadi hidangan utama mereka. Si politik bodoh ini memperjuangkan "no future economy".   Keupayaan besar mereka adalah kebodohan mereka.

Sila lihat rakaman video singkat ini :  sini

Anak muda itu sebenarnya tidak perlu membuat rakaman video seperti ini. Tetapi tahniah dan syabas diucapkan atas usaha yang baik dan prihatin. 

Tetapi video penjelasan seperti ini sudah menjadi amat perlu pula sebab negara kita sekarang ini mempunyai terlalu ramai ahli politik haramj@d@h yang putarbelit dan memesongkan perkara bodoh yang tidak pernah menjadi isu dalam negara kita sebelum ini. Sebab mereka tidak tahu benda apa pun pasal apa pun. Otak kosong. Mungkin mereka tidak akan tahu di mana benua Taiwan pun.

Mereka adalah ahli politik bodoh generasi baru yang lebih bodoh daripada generasi dulu. (Hasil daripada sistem pendidikan negara yang sudah rosak dan hancur. Setiap tahun sistem pendidikan kita akan graduate regimen-regimen baru angkatan bodoh bangang). Kalau tak masuk politik kemungkinan mereka akan masuk gig economy. 

Keadaan ini tidak boleh kekal untuk selamanya. Pasti akan tiba satu masa nanti di mana ekonomi negara dan masyarakat kita akan mengalami breakdown serupa 'nervous breakdown'. Mungkin keadaan cemas seperti itu telah pun berlaku atau sedang berlaku. Dalam keadaan sedemikian ia akan menjadi 'every man for himself". Setiap seekor berok dan biawak akan cuba menyelamatkan dirinya sahaja.

Tuan-Tuan read the Quran. Jangan lupa al Quran.

  يَوۡمَ يَفِرُّ الۡمَرۡءُ مِنۡ اَخِيۡهِۙ‏ ﴿80:34﴾ وَاُمِّهٖ وَاَبِيۡهِۙ‏ ﴿80:35﴾ وَصَاحِبَتِهٖ وَبَنِيۡهِؕ‏ ﴿80:36﴾ لِكُلِّ امۡرِیءٍ مِّنۡهُمۡ يَوۡمَـئِذٍ شَاۡنٌ يُّغۡنِيۡهِؕ‏ ﴿80:37﴾  
   

80:34  Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,

80:35  Dan ibunya serta bapanya,

80:36 Dan isterinya serta anak-anaknya; -

80: 37 Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.

Setiap seekor berok dan biawak akan cuba menyelamatkan dirinya sahaja. Bila tiba waktu itu Tuan-Tuan nak harapkan berok-berok politik ini datang selamatkan Tuan-Tuan ke? Who is more stupid sebenarnya?


The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.