`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, September 16, 2024

Video tunggang basikal lajak secara berbahaya disiasat

 

Free Malaysia Today
Polis siasat video tular memaparkan sekumpulan remaja tunggang basikal secara berbahaya.

ALOR SETAR
Polis menjalankan siasatan berhubung satu klip video tular yang memaparkan sekumpulan remaja menunggang basikal secara berbahaya sehingga salah seorang daripada mereka hilang kawalan dan terjatuh di atas jalan raya.

Ketua Polis Kota Setar, Siti Nor Salawati Saad, berkata pihaknya menerima makluman awam berkenaan klip video berdurasi 20 saat itu pada 9.24 pagi tadi.

“Siasatan awal berdasarkan rakaman tersebut mendapati kejadian dipercayai berlaku pada Jumaat lalu sekitar 5.30 petang yang memaparkan kira-kira lapan remaja menunggang basikal dipercayai jenis basikal lajak.

Mereka dilihat berlumba sesama sendiri semasa menuruni jambatan Jalan Teluk Wanjah di sini tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain,
 katanya dalam kenyataan.
Setakat ini polis tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak berkenaan kejadian tersebut.

Justeru, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan remaja terbabit supaya tampil tampil menghubungi pegawai penyiasat trafik Inspektor Ifzam Mohd Zaini di talian 012-4043373 atau Balai Polis Trafik Kota Setar di talian 04-7321222. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.