`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, December 5, 2024

BNM perhalusi cadangan tingkat guna rupee, ringgit dalam perdagangan

 

Bank Negara Malaysia
BNM sedang perhalusi cadangan Reserve Bank of India untuk mewujudkan suatu rangka kerja bagi meningkatkan penggunaan ringgit dan rupee dalam perdagangan dua hala.

KUALA LUMPUR
Bank Negara (BNM) sedang memperhalusi cadangan Reserve Bank of India (RBI) untuk mewujudkan Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan (LCSF) bagi meningkatkan penggunaan ringgit dan rupee dalam perdagangan dua hala, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti).

Usaha itu dijangka dapat menyokong dan memperkukuhkan pertumbuhan perdagangan dua hala antara Malaysia dan India, seterusnya memperluaskan peluang bagi usahawan dan pelabur di kedua-dua negara.

Menurut kementerian, pelaksanaan perdagangan dalam rupee berpotensi memberikan kesan positif kepada perdagangan antara kedua-dua negara berikutan pengurangan kebergantungan pada dolar Amerika Syarikat.

“Secara langsung, ia boleh mengurangkan kos transaksi mata wang asing, yang seterusnya dapat memberikan kesan kepada harga barangan yang lebih kompetitif,” katanya menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Dewan Negara.

Miti menjawab soalan Senator A Kesavadas Nair tentang adakah perdagangan dalam mata wang rupee akan mengurangkan harga kos barangan dan harga, susulan lawatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke India yang meraih komitmen pelaburan bernilai RM4.5 bilion.

Memetik rekod BNM, Miti berkata pelaksanaan perdagangan dua hala dalam barangan dan perkhidmatan yang diselesaikan dalam ringgit dan rupee meningkat daripada 4.4% pada 2022 kepada 4.8% pada 2023.

Pada 11 Julai 2022, RBI mengeluarkan pekeliling menetapkan agar bank-bank di India menyediakan mekanisme bagi invois, pembayaran, dan penyelesaian perdagangan dalam rupee.

“Selaras dengan inisiatif RBI, BNM memaklumkan bahawa perdagangan antara Malaysia dan India boleh diselesaikan dalam rupee dan India International Bank Malaysia (IIBM) merupakan bank pertama di Malaysia yang melaksanakan mekanisme ini melalui pembukaan Akaun Vostro Rupee Khas dengan Union Bank of India di India.

“Lanjutan itu, syarikat-syarikat India juga digalakkan untuk melaksanakan transaksi dalam ringgit melalui Appointed Overseas Offices (AOO) yang dilantik oleh BNM di India,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.