`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, December 26, 2024

Bot karam di Kuching, seorang nelayan masih hilang

 

bot karam kuching
Bot nelayan dengan enam kru warga asing yang bertolak dari jeti Tanjong Bako 17 Dis lalu, karam di perairan Pulau Burong.  (Gambar JBPM)

PETALING JAYA
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) gagal mengesan seorang lagi nelayan masih hilang dalam kejadian bot karam di perairan Pulau Burong, Kuching.

Setakat ini, lima daripada enam nelayan warga asing itu ditemui selamat selepas terapung beberapa hari di laut.

Lima nelayan terselamat itu ialah Oeun Van, Khlok Sem dan Thy Ny yang merupakan warga Kemboja serta dua rakyat Indonesia dikenali Andikah dan Irman.

Seorang nelayan masih hilang ialah warga Thailand berusia 60-an dikenali sebagai Chaloem Sonada.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata, SAR dihentikan 6 petang Rabu selepas tidak menemui sebarang petunjuk.

“Operasi yang diatur gerak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan disambung esok (hari ini),” katanya menurut Harian Metro sambil menambah JBPM dimaklumkan mengenai kejadian itu 6.35 pagi semalam.

Bot nelayan tempatan dengan enam kru warga asing itu bertolak dari jeti Tanjong Bako di Kuching pada 17 Dis lalu, sebelum terputus hubungan dan dikhuatiri karam pada 20 Dis lalu.

Pemilik bot warga tempatan membuat laporan di Balai Polis Santubong pada 23 Dis lalu.

Kemudian, tiga kru – Khlok Sem, Adikah dan Irman diselamatkan bot nelayan tempatan lain di kedudukan 3.5 batu nautika di barat Pulau Burong pada pagi 23 Dis lalu.

Seorang lagi kru, Thy Ny diselamatkan sebuah kapal di Tanjung Po, Muara Tebas pada hari sama, tetapi kapal yang dalam perjalanan ke Sibu itu membawa mangsa ke pelabuhan di Sibu.

Dia kemudian diserahkan kepada Pasukan Polis Marin Sibu, seterusnya ke IPD Sibu untuk dibawa ke Hospital Sibu bagi mendapatkan rawatan sebelum dihantar ke Kuching untuk tindakan lanjut kelmarin.

Nelayan kelima, Oeun Van dijumpai selamat di kawasan Sungai Serpan Laut, Asajaya oleh nelayan tempatan pada 3.30 pagi Selasa. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.