`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, December 25, 2024

Calon jawatankuasa eksekutif FAM diumum Januari

 

persatuan-bola-sepak-malaysia-fam-Football-Association-of-Malaysia
Senarai calon bagi pemilihan jawatankuasa eksekutif FAM perlu lepasi tapisan integriti.

KUALA LUMPUR
Senarai calon yang akan bertanding pemilihan jawatankuasa eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2025-2029, yang dijadual berlangsung 15 Feb depan, akan diketahui selewat-lewatnya hujung Januari.

Setiausaha Agung FAM Noor Azman Rahman berkata FAM sudah e-mel notis kongres dan borang pencalonan dengan tarikh tutup pada 16 Jan kepada semua ahli gabungan semalam.

Beliau berkata senarai calon akan dihantar untuk proses tapisan integriti sebelum senarai akhir yang layak bertanding diumumkan.

“Kita sudah e-mel tetapi mereka (ahli gabungan) tetap kena ambil borang pencalonan original dan kebanyakannya sudah ambil di Wisma FAM semalam dengan ada baki empat yang belum ambil lagi dan borang itu perlu dihantar selewat-lewatnya pada 16 Jan.

“Senarai itu kita akan hantar untuk proses tapisan dengan kerjasama SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), Jabatan Insolvensi Malaysia dan polis,” katanya.

Sebagai rekod, Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masing-masing digantung sebagai ahli gabungan FAM bulan ini, menyaksikan baki 18 ahli gabungan yang boleh membuat pencalonan.

Awal bulan ini, Hamidin Mohd Amin mengumumkan tidak mempertahankan jawatan presiden pada kongres akan datang.

Sementara itu, Azman menafikan penggantungan PFA dan KAFA mempunyai kaitan dengan pemilihan jawatankuasa eksekutif FAM 2025-2029 akan datang.

Beliau berkata penggantungan keahlian PFA pada 4 Dis lepas adalah susulan kegagalan persatuan itu mematuhi arahan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk membayar gaji tertunggak dan pampasan kontrak yang dituntut bekas pengarah Bola Sepak PFA, Matt Holland.

Penggantungan itu berkuat kuasa sehingga PFA membuat pembayaran penuh seperti yang diarahkan oleh FIFA.

Semalam, FAM mengumumkan KAFA digantung sebagai ahli gabungan badan induk itu berkuat kuasa serta-merta bermula Isnin lepas, susulan Kongres KAFA dan pemilihan jawatankuasa eksekutifnya bagi penggal 2024-2028 adalah tidak sah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.